Header Ads

Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, sebuah filem melayu terbaru 2021 arahan Mamat Khalid akan bersiaran di pawagam TV rumah masing-masing mulai 27 Mei 2021 di saluran 480 Astro First.

Boleh juga strim Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa di Astro Go atau On Demand mulai 27 Mei 2021.

Rancak Mamat Khalid mengembangkan cerita kampong pisang ni. Baru lepas layan 18 Puasa di Kampong Pisang, tahu-tahu ada keluar filem baru Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa pulak. Musim PKP sempat jugak lah layan drama kampong bersiri-siri

Watak Yah Kuchai, Manap Sengau dengan Daud M tu memang fenomena betul. Ada je yang buat kelakar. Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa ni apa pulak istimewa dia agaknya. 

Husin is back! Menampilkan Dato' Awie dalam Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa disamping watak baru lakonan Kaka Azraff dan juga Imuda. 

Penampilan istimewa lakonan Raja Azmi dan Siti Elizad Sharifuddin juga turut menjayakan Filem ini selepas terlibat juga dalam 18 Puasa di Kampong Pisang.

Keistimewaan Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa menampilkan konsep muzikal dengan 10 buah lagu evergreen. Lagu yang akan didendangkan adalah lagu popular Hari Raya sekitar 90 an yang dinyanyikan oleh pelakon Kampong Pisang sendiri.

Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Astro First
 
Filem : Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa
Tarikh Tayangan : 27 Mei 2021
Siaran TV : Astro First saluran 480
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw, Enjit Enjit Semut Motion Pictures


SINOPSIS KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA

Sehari sebelum raya, seluruh penduduk Kampong Pisang bergotong royong melakukan aktiviti masak memasak. Husin balik kampung bersama kekasih barunya, Nelly. Cik Chun cemburu dan merajuk kerana Husin merpermainkan cintanya.

Barkoba pula dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasihnya yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang. Pak Din pula rasa sedih kerana anaknya tiba-tiba tak dapat balik kampung untuk beraya bersamanya. 

Dek kerana kesunyian, Cik Purnama gigih membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana. Pak Karim dan Kak Som sedih kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka (Firdaus, lakonan Hazama) dalam drama kampong pisang bersiri siri episod Monyet Rempit yang dah tiada.

Lain pula cerita Daud M yang perlu bekerja di malam raya menghantar barang-barang untuk penduduk kampong Pisang yang membeli barang secara atas talian.


PELAKON KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA

Dato' Awie sebagai Husin
Kazar Saisi sebagai Pak Din Pest Control
Bell Ngasri sebagai Barkoba
Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit
Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
Elizad Sharuddin sebagai Kiambang
Afea Deanna Baharudean sebagai Yah Kuchai
Avaa Vanja sebagai Cik Nab
Dewa Sapri sebagai Encik Purnama
Mat London (Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
Ellie Suriaty Omar sebagai Kak Som
Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin
Joey Daud sebagai Daud M
Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
Kaka Azraff sebagai Nelly
Rasydan Zakaria sebagai Adan
Imuda sebagai Datuk Mahfuz Jalaludin Mustafa (ayah Nelly)
Raja Azmi sebagai Emcee
Norainisham Shamsul Hafizi sebagai Yati
Nizam Mokhram sebagai MA Mok


14 comments:

  1. Wuuuuuuuuu siap ada musikal raya ni, tapi biasanya cerita mamat khalid ni best best kannnn.

    ReplyDelete
  2. Mamat Khalid punya cerita ada kalanya dah ok, tapi ada part² yang failed bagi saya, but overall ok la

    ReplyDelete
  3. Banyak betul idea Mamat Khalid ni hahaha

    ReplyDelete
  4. astro dah terminate, tak bole la nak tgk

    ReplyDelete
  5. Banyak betul citer kat Astro First. Time PKP bolehlah layan hehehe

    ReplyDelete
  6. dasatttt ada muzikal tuuuu


    kalau x krn kobit rasanya boleh msk Istana Budaya ni

    ReplyDelete
  7. tudiaa...berzikir la Dania kat telinga akak suruh beli citer ni..

    ReplyDelete
  8. Suka...suka tonton musikal raya sambil kunyah kuih siput!

    ReplyDelete
  9. Bolehlah tengok bakat nyanyian pelakon-pelakon Kampung Pisang. Harap lagu sedap.

    ReplyDelete
  10. Awie je cast asal filem Kampung Pisang, lain semua dari siri.

    ReplyDelete
  11. Banyak cakap kelako bak hang .. huhu

    ReplyDelete
  12. Layan betul tengok yang versi muzikal ini.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.