Filem Kampung Latah Kena Kuarantin

Kampung Latah Kena Kuarantin, filem terbaru lakonan artis melatah Ieda Moin, Nazi Mustafar, Din Latah, PS Mansur dan ramai lagi. Filem Kampung Latah Kena Kuarantin akan ditayangkan  pada Khamis ini, 9 September 2021 di Astro First saluran 480.

Juga boleh strim menerusi Astro Go atau On Demand. Saksikan Kampung Latah Kena Kuarantin.

Filem Kampung Latah Kena Kuarantin Astro First

FILEM KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

Tarikh tayangan : Khamis, 9 September 2021
Pengarah : Azizi Adnan
Produksi : Megapine Sdn Bhd
Genre : Komedi

SINOPSIS KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

Ajin seorang pemuda yang merupakan pemandu pelancong syarikat pelancongan di Kampung Latah Permai. Telatahnya sering menjadi hiburan penduduk kampung dan pelancong.

Pada suatu hari, kampung tersebut diserang sindrom "melatah" dan menjadi-jadi sehingga tidak dapat dikawal.

PELAKON KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN

  • Azhan Rani
  • Nazia Mustafar
  • Ieda Moin
  • Elisya Sandha
  • PS Mansur
  • Din Latah
  • Syamsul Debat
  • Ropie
  • Azlee Senario
  • Didie Alias
  • Joey Daud
  • Awie
  • Bell Ngasri
  • Riezman Khuzaimi
  • Roy Azman
  • Wanns Ahmad
  • Acong Sweetchild
  • Mak Wan
  • AR Badul

20 comments:

  1. Semua pelakon latah2 ni hahha mmg lawak laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. Entah serius ke tidak berlakon semua ni.

      Delete
  2. Semua geng2 latah ni mesti pecah perut gelak. Nak kena langgan Astro First 9Sept. Ahh tetiba rindu nak tengok movie dekat wayang :( Dengar2 tak lama lgi dah boleh kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..tahu takpe. Tengok dorang melatah kita yang tak tahan nak gelak.
      Dengar macam tu jugak. Sejak kahwin ni boleh kira berapa kali tengok wayang. Tengok movie kat rumah je :)

      Delete
  3. Luar biasa bawa tema melatah dan artis-artisnya mudah melatah. Memang boleh berjangkit melatah ini.

    ReplyDelete
  4. Mau gelak sampai sakit perut ni.. Tunggu je la keluar kat mana mana nanti ni.

    ReplyDelete
  5. memula baca tajuk ingtkn pelakon2 filem ni kena kuarantin.. haha..
    aduhla..

    ni mcm nk kena tgk nt.. mane tau best.. boleh layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..rasanya macam mereka satu kampung kena kuarantin sebab melatah berjangkit kot.

      Delete
  6. mau bantai golak n...cik abg awie ni boleh tahan lawak dia

    ReplyDelete
  7. Ni geng geng melatah betul jugak ni berlakon nak nak si Ieda Moin tu, memang teruk gak melatah dia, and mestiii kelakor filem hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, geng yang memang melatah. Ieda Moin memang banyak berlakon sekarang ni. Itulah tu, mesti kelakar.

      Delete
  8. Haha . Mesti penat ni.. banyak melatah masa shooting .. Hahahaha.. Nice.. harini kuo dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Tengok geng melatah ni melatah kita pun ikut penat gelak.
      Selamat menonton :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.