Drama i-Tanggang Mother Of All Lies

i-Tanggang mother of all lies, sebuah drama premium terbaru Astro Originals. i-Tanggang episode 1 akan bersiaran mulai 13 September 2021, setiap isnin jam 9:00 malam eksklusif di Astro Citra saluran 108. Boleh juga tonton strim di On Demand dan Astro GO.

i-Tanggang adalah drama pertama Malaysia yang menampilkan tentang isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy lakonan Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Emma Sofea, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

Drama i-Tanggang Mother Of All Lies Astro Citra

DRAMA i-TANGGANG MOTHER OF ALL LIES

Jumlah episod : 12
Tarikh tayangan : 13 September 2021
Waktu siaran : Isnin, 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Alak Idle, Rashidi Ishak
Produksi : KL Motion Pictures

SINOPSIS i-TANGGANG

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan (Danish Hazriq) atau Khay seorang pesakit kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma ( Sherie Merlis), ibu kepada Khay merupakan seorang social media influencer, penulis buku dan penjual essential oil yang berjaya.

Pada hari majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman bahawa Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat memeranjatkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? 

Rahmat (Faizal Hussein), ayah kepada Khay dan Dr Nini (Sofia Jane), salah seorang bekas doktor Khay juga berasa keliru berita tersebut.

Rahmat dan Erma sudah lama berpisah. Sejak Rahmat memutuskan hubungan dan menghilang, Rahmat dan Khay sudah lama tidak berjumpa. Akhirnya mereka bertemu di majlis pelancaran buku Erma. 

Rahmat risau dia akan kehilangan Khay sekali lagi, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit pada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E @ Esra (Emma Sofea) dan CapeqRyder @Syafiq (Nadhir Nasar). 

Mereka kemudian berpakat untuk menubuhkan group chat bernama i-Tanggang.

PELAKON DAN WATAK

  • Sherie Merlis sebagai Erma
  • Faizal Hussein sebagai Rahmat
  • Danish Hazriq sebagai Khalil
  • Nadhir Nasar sebagai Syafiq
  • Emma Sofea sebagai Esra
  • Sofia Jane sebagai Dr Nini
  • Andy Teh sebagai Dr Norman
  • Aiman Badrul
  • Amanda Misbun
  • Yuyun Hikmah
  • Dato Rahim Razali
  • Rashid Salleh
  • Pushpa Narayan
  • Wan Raja
  • Emelda Rosemila
  • Zul Huzaimy
  • Nadine Eniahani
  • Syed Muhammad Baqir
  • Alessandra Alyssa
  • Haeriyanto Hassan
  • Azlan Komeng

36 comments:

  1. Orang lama semua. Macam best jee.. Dah kenapa mak dka tipu pulak yek? Heee

    ReplyDelete
  2. Barisan pelakon pun mantap2 . Kebanyakkan pelakon lama . Best juga jalan cerita drama ni . Penderaan mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pelakon lama yang mantap semua lakonnya. Bolehlah layan bila dah ditayangkan nanti.

      Delete
  3. Menarik juga ni. Apakah sebenarnya group i tanggang tu. sherie merlis berlakon memang best biasanya. Penuh emosi. Dengan kita sekali terbawa bawa perasaan lakonan dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Kena tunggu tayangannya nanti. Lama dah dia tak berlakon kan. Tahu tahu ada drama baru.

      Delete
  4. Replies
    1. Mungkinlah kot. Kena tengok bila dah ditayangkan nanti :)

      Delete
  5. minat betul Sherie Merlis dari zaman heroin drama spektra kat Tv1 dulu. sinopsis menarik. takdelah drama Melayu asyik ulang skrip sama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama betul zaman spektra tu. ingat ingat lupa je. Cerita lain sikit. Mungkin boleh layan lah kot.

      Delete
  6. Replies
    1. Mostly ramai pelakon lama. Bolehlah tengok nanti kalau best.

      Delete
  7. menarik cerita ni. yg best ada faizal husin dgn sofea jane lama tak tgk diorg berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Pelakon lama yang dah lama tak nampak berlakon. Muncul semula dalam drama baru.

      Delete
  8. uik, apa la ek motif dibuat group tu...kena tengok ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada agenda dalam group tu agaknya. Kenalah tengok nanti bila dah ditayangkan.

      Delete
  9. Replies
    1. Cerita yang tak cliche :D walaupun tajuk dia macam tanggang moden.

      Delete
  10. Dah lama tak tengok Sofea Jane berlakon.
    Macam best jer... nak tengoklah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama betul dia menyepi kan. pasni boleh lah tengok semula lakonan dia.

      Delete
  11. Banyak kali dah tgk iklannya . tapi x tgk lg.. kena tgk niii... Nampak menarik!

    ReplyDelete
  12. Banyak pelakon veteran. Ceritanya pun macam best juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pelakon lama buat come back agaknya lepas lama menyepi. Ceritanya tak cliche lah kot. Boleh tengok nanti :)

      Delete
  13. Lain jalan cerita Tanggang yang lama.
    Memang ada ternampak Sofea Jane dalam iklan.
    Nampak emak dia yang jahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain dari cerita lagenda. Dapat agak macam tu jugak. itu yang mother of all lies kot.

      Delete
  14. Ingatkan cerita tanggang versi moden, tapi lain pulak ceritanya kalau baca sinopsis. Tertanya tanya pulak motif buat group tuuuuu. Para pelakon pun not bad, minat faizal hussein kalau dia berlakon hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan versi moden sebab jalan cerita dia lain. Ada masa boleh tengok nanti :)

      Delete
  15. Ingatkan cerita tanggang moden. Siap ada i-Tanggang lagi. Tapi jalan cerita macam bukan sangat-sangat

    ReplyDelete
  16. Wah, macam best je ni! Pelakon-pelakon pun hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, macam best je ceritanya. Esok boleh tengok episod 1 :)

      Delete
  17. Saya nampak drama ini dekat tiktok, tertarik sbb nadhir belakon lepastu macam ayat - ayat nadhir dalam drama tu mcm fuh fuh power. Tapi nak biar dia tayuang sampai habis dulu. Saya kalau tengok drama nak tahu ending dia sehari jugak . HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadhir dah banyak berlakon drama sekarang. Haha..senang marathon sekali habis.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.