Gadgets

Pestabola Merdeka 2023 : Jadual, Tiket Dan Keputusan Perlawanan

Dalam tempoh 'FIFA Days' yang bermula 9 hingga 17 Oktober 2023 bakal berlansung Pestabola Merdeka atau Merdeka Cup 2023.

Pestabola Merdeka 2023 : Jadual, Tiket Dan Keputusan

PESTABOLA MERDEKA (MERDEKA CUP 2023)
sumber : aseanfootball

Pestabola Merdeka 2023

Pestabola Merdeka 2023 tahun ini merupakan edisi ke-42. Pestabola Merdeka adalah sebuah kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Namun kali terakhir kejohanan ini diadakan adalah pada tahun 2013 di mana skuad bawah 23 (B-23) negara kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya muncul juara menewaskan Myanmar 2-0.

Pesta Bola Merdeka merupakan sebuah kejohanan mini yang agak unik kerana ia hanya dianjurkan di negara kita, Malaysia sempena bulan kemerdekaan bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Berdasarkan pada sejarahnya, kejohanan Pestabola Merdeka adalah kejohanan yang tertua seumpanya di Asia yang telah dianjurkan sejak tahun 1957 dimana tahun yang sama negara Malaysia mencapai kemerdekaan.

Perlawanan dalam kejohanan ini diiktiraf sebagai Perlawanan Kelas “A” (Perlawanan Persahabatan) oleh FIFA.  Jadi sekiranya pasukan Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka berpeluang memperbaiki ranking dunia FIFA.

Senarai pasukan yang bertanding dalam Pestabola Merdeka 2023

Berikut senarai pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka 2023 kali ini.
  1. Malaysia
  2. Palestin
  3. Tajikistan (menggantikan Lubnan yang menarik diri)
  4. India
Untuk makluman, FAM menjemput pasukan dari Timur Tengah yang berada di kedudukan ranking 100 teratas FIFA kerana mereka memiliki kelebihan daripada segi fizikal dan kemampuan sebagai lawan yang bagus bagi menguji kekuatan pasukan kebangsaan.

Berdasarkan ranking semasa, pasukan Palestin berada di kedudukan ke-93 dunia, Tajikistan tempat ke-110 dan India berada di kedudukan ke 106.

Pasukan Malaysia muncul sebagai pasukan paling berjaya dengan 10 kejuaraan sejak dianjurkan pada 1957 diikuti Korea Selatan tujuh kali dan Myanmar empat kali.


Kejohanan Pestabola Merdeka 2023 ini dijadikan sebagai medan persediaan untuk skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan-gon sebelum beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar 2024 tahun depan.

Jadual (Tarikh dan Lokasi) Perlawanan Pestabola Merdeka 2023

JADUAL PESTA BOLA MERDEKA 2023
Tajikistan menggantikan Lubnan

Jumaat, 13 Oktober 2023 (dua perlawanan) dan Selasa, 17 Oktober 2023 (penentuan tempat ketiga & final) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Keputusan Perlawanan Pestabola Merdeka 2023

Jumaat, 13 Oktober

—4:30 petang
Palestin vs Tajikistan
*Tajikistan akan terus layak ke Final disebabkan Palestin menarik diri.

—9:00 malam
Malaysia vs India
FT : MALAYSIA/ MAS  (4) - (2)  INDIA/ IND

Hanya satu perlawanan pada hari Jumaat, 13 Oktober 2023.

Selasa, 17 Oktober

Tiada Penentuan tempat ketiga

Akhir, Penentuan Juara Pestabola Merdeka 2023

—9:00 malam
Malaysia vs Tajikistan
MALAYSIA/ MAS  ( ) - ( )  TAJIKISTAN

Format Perlawanan Pestabola Merdeka 2023

Pestabola Merdeka 2023 yang disertai empat pasukan tersebut dijalankan dengan format secara kalah mati konsep seperti digunakan dalam Piala Raja Thai di Chiang Mai, September tahun lalu. 

Pasukan akan terus bermain dalam separuh akhir kemudian ke final. Selain itu ada juga penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pembelian dan harga tiket Pestabola Merdeka 2023

PEMBELI DAN HARGA TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2023
sumber : FAM

Harga tiket Pestabola Merdeka 2023

Terbuka  

Dewasa : RM40
Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun : RM5

Grandstand

RM60

Premium

RM80

Tiket Kombo

RM70, tiket bagi kedua-dua Hari Perlawanan (13 dan 17 Oktober 2023) untuk kategori terbuka sahaja.

Tarikh pembelian tiket

Tiket Kombo RM70 akan dijual mulai 9 Ogos hingga 5 September 2023 di www.tickethotline.com.my. dalam tempoh terhad.

Tiket kategori terbuka pada harga biasa serta tiket kategori Grandstand dan Premium pula hanya akan dijual bermula 6 September 2023.

sumber : FAM

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.