Gadgets

Baru Nak Mencuba Air Starbucks x Malbatt Misi Bakara

Semalam encik suami DM di instagram, Starbucks ada promo Buy 1 FREE 1. Kita pun cakaplah, nak belanja ke? Balik kerja encik suami singgahlah membeli. Alang-alang baki masih banyak dalam apss. Saya pesan air Malbatt Misi Bakara, nak cuba rasa. 

Minuman lagi satu, macam biasa Caramel Macchiato panas yang tak boleh nak tinggal. Wajib beli! Air Starbucks X Malbatt Misi Bakara ni kolaborasi sempena Filem Malbatt Misi Bakara ditayangkan di pawagam pada 24 Ogos 2023 yang lalu.

Sepatutnya air dia ada celoreng-celoreng, hijau dan coklat. Tapi kenapa air ni nampak plain dan nampak green tea original je? Sepatutnya ada chocolate drizzle on top tapi tak ada pula. Salah bagi ke macamana entah. Dah balik baru nak membelek, begitulah jadinya. 

Baru Nak Mencuba Air Starbucks Malbatt Misi Bakara

Air Malbatt Misi Bakara X Starbucks ni adalah air green tea hazelnut chocolate. Air green tea dengan syrup hazelnut, chocolate drizzle on top dan upside down untuk nampak celoreng askar tu. Tapi itulah, yang saya dapat tak rupa macam air Malbatt Misi Bakara.

Rupa macam air green tea cream frappe yang biasa je. Entah siapa yang salah, ku tak tahu...

6 comments:

  1. Lepas habis tenaga tgk Malbatt yg penuh aksi.. boleh layan air ni di starbuck.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berkesempatan lagi nak tengok Filem Malbatt. Ini pun macam dah ketinggalan juga nak mencuba. hihi...

      Delete
  2. Kalau beli take away ginilah masalahnya, tak dapat nak tanya terus bila kita dapat yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, pulak tu dah letak siap-siap dalam bekas kertas tu. orang pula ramai. Kena cuba beli lain kalilah waktu yang tak sibuk. Tenang...

      Delete
  3. Fiza sebut Caramel Macchioto panas, terus telan air liur.... sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tak tahu habaq kan Kak Amie. Saya selalu pesan suam boleh terus minum. Kalau pesan panas nanti kena tunggu sejuk sikit. hihi..Memang sedap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.