Gadgets

Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22

Perlawanan antara pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim vs PDRM merupakan perlawanan pembukaan tirai kempen Liga Super 2023 minggu ke-22 (LS22) selepas lama berehat panjang memberi laluan kepada FIFA Days dan juga kempen Piala Malaysia 2023.

Hari pertama LS22 hanya melibatkan satu perlawanan sahaja iaitu pertembungan antara JDT dan PDRM. 

JDT vs PDRM

Aksi perlawanan pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim vs PDRM dijadualkan berlansung pada 27 September 2023, hari Rabu jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Iskandar Puteri, Johor.

Selepas perlawanan LS22, hanya berbaki 4 perlawanan sahaja untuk menamatkan saingan Liga Super 2023. Misi JDT mahu terus mempertahankan rekod kemenangan bermain di halaman sendiri dan sekaligus dapat mempertahankan gelaran Juara Liga buat kali sepuluh pada musim 2023 ini.

Skuad Sang Saka Biru akan bertandang di Stadium Sultan Ibrahim sudah tentu akan memberikan saingan menentang pendahulu liga. 

Dalam saingan liga, ini merupakan pertemuan kedua dalam pusingan kedua liga. Pada pertembungan LS9, JDT hanya menang tipis dengan jaringan tunggal dari Fernando Forestieri pada minit ke-61.

Manakala dalam saingan Piala FA pada peringkat pusingan 16 terbaik berakhir dengan keputusan 3 gol tanpa balasan oleh PDRM FC.

Berdasarkan rekod pertemuan antara dua pasukan ini, JDT terus mengekalkan kemenangan tanpa dibolosi pihak lawan. 


Siaran Langsung Live Streaming JDT vs PDRM FC Liga Super 27 September 2023 LS22

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 JDT vs PDRM FC dari Stadium Sultan Ibrahim menerusi saluran TV Okey dan secara online di RTMKlik dan Sooka secara PERCUMA.

Waktu siaran : Rabu, 27 September 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor
Siaran TV : TV Okey
Platform penstriman : RTMKlik dan Sooka

Siaran Lansung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22

Info Tiket perlawanan JDT vs PDRM FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PDRM FC pada 27 September 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim boleh didapati menerusi tickethotline.com.my 

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket (4) sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.
 
Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut. 

Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs PDRM FC Liga Super 2023 (LS22)

Keputusan perlawanan antara JDT vs PDRM FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-22 (LS22) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (4) - (0) PDRM FC/ PDRM
Bergson da Silva 37'
Juan Muñiz 40'
 Arif Aiman 54' (P)
 Fernando Forestieri 57'

Dengan kemenangan ini, Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT mengesahkan kemenangan Juara Liga buat kali kesepuluh berturut-turut. Tahniah JDT! Luaskan kuasamu JOHOR.

sumber : Johor Southern Tigers

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.