Telefilem Sabar Tak Sabar (TV9)

Azhafizah MN
By -
0

SABAR TAK SABAR

Telefilem Sabar Tak Sabar bersiaran pada 22 September 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Telefilem Sabar Tak Sabar TV9

Menampilkan lakonan utama Remy Ishak, Tizz Zaqyah dan Aqasha. Telefilem ini merupakan telefilem ulang siaran yang pernah ditayangkan pada tahun 2012.

PELAKON DAN WATAK

Telefilem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Aqasha, Tizz Zaqyah, Indra Hafiz, Norehan Yakob, Anne Abdullah, Sharifah Nadia, Meor Mohd, Zulin Aziz dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Salman
  • Tizz Zaqyah sebagai Farhana
  • Aqasha sebagai Asri

SINOPSIS SABAR TAK SABAR

Salman berkerja di kedai jahit Sabariah. Namun dia sudah letih dengan tempahan yang begitu banyak dan sikap majikannya yang suka mengambil banyak tempahan walaupun tahu tidak mampu untuk menyiapkannya. 

Kebetulan pula teman serumahnya , Shahrukh mahu membuka tapak menjual karpet di uptown. Salman berhenti kerja dan mahu berkerja bersama Shahrukh. Salman begitu teruja apatah lagi jiran sebelah tapaknya itu ialah janda muda yang cantik bernama Farhana. 

Namun, Salman mendapat saingan daripada Asri yang berniaga jeans di hadapan tapak jualan Farhana. 

Telefilem Sabar Tak Sabar TV9

Asri memang menyukai Farhana sejak dua tahun yang lalu tetapi tidak dilayan oleh Farhana yang sememangnya sukakan bangsa asing. Saksikan telatah mereka yang penuh ragam menghiburkan.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)