Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Thailand vs Malaysia Kelayakan Piala Asia AFC B-23 (U23) 12 September 2023

Siaran Langsung Live Streaming Thailand vs Malaysia Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) 12 September 2023

Skuad Harimau Muda Malaya sekali lagi melakar kemenangan dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) menentang pasukan Filipina pada 9 September selepas kejayaan pertama menentang pasukan Bangladesh pada 6 September yang lalu.


Dengan dua kemenangan tersebut berjaya mengumpul 6 mata dan berada di kedudukan kedua di bawah pasukan Thailand. Walaupun memperoleh mata yang sama tapi dengan beza gol yang lebih banyak dari pasukan Thailand meletakkan Thailand di tempat teratas.

Perlawanan Thailand vs Malaysia pada 12 September 2023 merupakan perlawanan terakhir Kejohanan Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) yang dijadualkan berlansung pada hari Selasa, 12 September 2023 jam 9:30 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Chonburi, Thailand.

MALAYSIA perlu MENANG!

Pasukan Thailand hanya perlu seri untuk layak secara automatik ke Kejohanan Piala Asia B-23 (U23) 2024 Qatar nanti. Manakala pasukan Malaysia perlu MENANG untuk kelayakkan tersebut. 

Sekiranya seri atau kalah, Malaysia perlu menanti keputusan kumpulan lain untuk dipilih antara 4 pasukan kedua terbaik yang layak menyertai juara.

Cabaran hebat buat pasukan Malaysia kerana pasukan Thailand mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri dan sudah tentulah mereka juga mempunyai misi untuk menang dan akan memberikan aksi yang terbaik.

Thailand vs Malaysia Kelayakan Piala Asia AFC B-23
sumber : FAM

THAILAND vs MALAYSIA

Waktu siaran : Selasa, 12 September 2023, jam 9:30 malam (waktu Malaysia)
Tempat : Stadium Chonburi, Thailand
Siaran TV/ Live Streaming : Astro Arena 2 (CH802)

Keputusan masa penuh perlawanan THAILAND vs MALAYSIA

Keputusan perlawanan antara Thailand vs Malaysia dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : THAILAND  (1) vs (0) MALAYSIA
 Yotsakon Burapha 20'

RASMI : MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA B23 2024! Skuad negara berjaya mengesahkan tempat ke Qatar tahun depan selepas menjadi naib juara keempat terbaik. Tahniah skuad Harimau Muda Malaya. 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.