Telefilem Rumah Buat Ibuku (TV9)

Azhafizah MN
By -
2

RUMAH BUAT IBUKU

Telefilem Rumah Buat Ibuku (2014), sebuah telefilem ulang siaran pada 4 September 2023, hari Isnin jam 8:30 malam di saluran TV9 Slot Skrin di 9 dan online di Tonton.

Telefilem Rumah Buat Ibuku TV9

Rumah Buat Ibuku lakonan hebat Sharnaaz Ahmad dan ibu Normah Damanhuri arahan Along Kamaludin, nukilan skrip oleh Didi Wahidi dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production.

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS RUMAH BUAT IBUKU

Rumah Buat Ibuku dibintangi oleh pelakon Sharnaaz Ahmad, Normah Damanhuri, Elfaezah Ul Haq, Ku Faridah dan ramai lagi.
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Karim
  • Normah Damanhuri sebagai Mak Senah
Rumah Buat Ibuku mengisahkan Karim seorang banduan yang telah dibebaskan setelah enam tahun di penjara. Karim terkejut melihat rumah ibunya telah terbakar apabila dia pulang untuk mencari ibunya. 

Tetapi Karim lega apabila mengetahui orang kampung telah menghantar Mak Senah ke rumah orang tua kerana tiada waris untuk menjaganya.

Setelah Karim menemui semula Mak Senah, dia berjanji untuk mendirikan rumah baru untuk ibunya walaupun dengan berbagai dugaan. 

Kepulangan Karim juga tidak disukai oleh penduduk kampung. Namun Karim bertekad untuk menghadiahkan sebuah rumah baru buat Mak Senah walau apa pun halangannya.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment