Gadgets

Siaran Langsung Kelantan United vs Penang Live Streaming 1 Oktober 2023 LS22

Pasukan Kelantan United bertemu semula dengan pasukan Penang FC dalam aksi pusingan kedua Liga Super 2023 minggu kedua puluh dua (LS22) di Kelantan.

Kelantan United vs Penang

Perlawanan antara pasukan Kelantan United vs Penang dijadualkan berlansung pada 1 Oktober 2023, hari Ahad jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. 

Ini merupakan pertemuan kedua dalam saingan Liga Super 2023 pusingan kedua. Pada perlawanan yang lalu, Penang FC berjaya membenamkan Kelantan United dengan 2 jaringan gol tanpa balasan oleh Nik Akif dan Rafael vitor pada minit ke 48 dan 58.

baca juga
Penang vs Kelantan United LS9

Pasukan Kelantan United kini berada di tangga ke 12, ketiga tercorot dalam liga super dengan 11 mata. Manakala pasukan Penang FC di tempat kesepuluh dengan 19 mata. Kedua-dua pasukan perlu mempamerkan aksi cemerlang bagi menambah 3 mata dan memperbaiki kedudukan pasukan masing-masing.

Siaran Langsung Kelantan United vs Penang Live Streaming 1 Oktober 2023 LS22

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Penang Liga Super 1 Oktober 2023 LS22

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan United vs Penang dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Ahad, 1 Oktober 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan Kelantan United vs Penang

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelantan United vs Penang pada 1 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV boleh didapati menerusi tickethotline.com.my

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan United vs Penang Liga Super 2023 (LS22)

Keputusan perlawanan antara Kelantan United vs Penang dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-22 (LS22) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KELANTAN UNITED FC/ KLU (1) - (0) PENANG FC/ PEN
 Dominik Balić 67'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.