Gadgets

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Keretapi sarong 2023 (KS2023) dengan #KeretapiSarong2023 kembali lagi pada tahun ini sempena sambutan Hari Malaysia 2023 16 September 2023 Sabtu ini. Keretapi Sarong merupakan acara tahunan sambutan Hari Malaysia dimana lokasi rahsianya telah pun diumumkan.

KERETAPI SARONG 2023

KERETAPI SARONG 

Program Keretapi Sarong merupakan program 'flash mob' atau persembahan kilat  berkumpulan di mana orang ramai berkumpul dan bersama-sama meraikan Hari Malaysia dengan menggunakan rangkaian perkhidmatan kereta api awam seperti Prasarana, MRT, KTM, ERL serta MAB dan melalui satu set laluan terpilih sambil mengenakan pakaian Sarong bertemakan 'etnik'.

Pemilihan Sarong sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 

Program KS2023 yang dimulakan sekitar 2012 dianjurkan oleh komuniti Random Alphabet melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kemudian acara ini dipromosikan oleh LOCCO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak tahun 2017. 

Penganjuran program pada tahun ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid KL, Air Asia, Bulan Bintang dan Mr D.I.Y.

KERETAPI SARONG 2023

Pada tahun ini LOCCO akan berkolaborasi bersama Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor bagi menjayakan Keretapi Sarong 2023 dan Wonda Coffee sebagai penaja utama.

Acara Keretapi Sarong 2023 bakal melibatkan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award dan KL Sketch Nation.

Tarikh : 16 September 2023
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dataran Merdeka & Stesen terpilih

LOKASI KERETAPI SARONG 2023

LOCCO telah mengumumkan lokasi rahsia untuk acara tahunan itu adalah di tempat paling ikonik dan bersejarah di negara ini, iaitu Dataran Merdeka!

Secara tidak lansung rakyat Malaysia dan juga bersama pelancong luar negara dapat merasai pengalaman perjalanan kereta api mereka dalam suasana flash mob serta menikmati pemandangan kota di sekitar Lembah Klang.

Acara Keretapi Sarong 2023 ini  akan menjadi saat  bersejarah rakyat Malaysia yang berkumpul di Dataran Merdeka selepas perjalanan kereta api berlepas dari stesen-stesen terpilih.

LOKASI KERETAPI SARONG 2023

KUALA LUMPUR

Sambutan unik dengan persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa itu akan diadakan di pelbagai bandar dan stesen antaranya :
  • Putrajaya Sentral (KLIA Transit)
  • Subang Jaya (LRT)
  • Bandar Utama (MRT)
  • Ampang (LRT)
  • Gombak (LRT)
  • Kajang (MRT)
  • KL Sentral (LRT)

STESEN KERETAPI SARONG 2023

Acara Keretapi Sarong 2023 turut berlangsung serentak di beberapa lokasi yang lain di Malaysia. Turut berlansung di London, United Kingdom.

DI JOHOR BAHARU

  • Bandar utama Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget)

PERAK

  • Ipoh (KTMB Ipoh)

KUALA TERENGGANU

  • Kampung Budaya Terengganu)

UNITED KINGDOM

  • London, United Kingdom (Battersea Power Station).

AKTIVITI KERETAPI SARONG 2023

  1. Pengisian:Seni@Train
  2. Peragaan Busana / Fesyen sarong
  3. Pertandingan (Best Dress, Best Photo, Best Video)
  4. Pameran dan Demonstrasi
  5. Jualan Produk/ Food Truck
  6. Persembahan kesenian
  7. Joget Lambak / nyanyian beramai-ramai / berbalas pantun (sewaktu berjalan kaki ke lokasi terakhir)

SENARAI LAGU DAN IRAMA KERETAPI SARONG

Antara lagu-lagu singalong dalam train berserta lagu patriotik yang dinyanyikan beramai-ramai sepanjang perjalanan dalam Prasarana, MRT, KTM, ERL serta MAB semasa berkumpul. 

LAGU DAN IRAMA KERETAPI SARONG 2023

1. Lagu Anak Malaysia

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Sembilan belas lima puluh tujuh
Bulan lapan kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang Inggeris
Kamikaze dan portugis

Dari Perlis ke kota Kinabalu
Rakyat bersatu dan maju
Bumi bertuah hasil melimpah
Siapa rajin hidup mewah

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan Portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri kita
Walaupun cantik negeri orang
Tentunya Malaysia cantik lagi

Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan Portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera

Saya anak Malaysia

2. Lagu Barisan Kita

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Barisan Kita
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

3. Lagu Sejahtera Malaysia

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Sejahtera Malaysia
Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

[CHORUS]
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

4. Lagu Bujang Lapok

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Bujang Lapok
Pok Pok Pok Bujang lapok
Ada mancis tak ada rokok
Jalan jauh tersenggok-senggok
Tumit melecet hai lutut terbengkok

Pok Pok Pok Bujang lapok
Poket kosong hai penuh habuk
Tak da nasi pakai cencaluk
Sampai kini terlupa cebok

Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk
Jalan lurus, ai, jalan belok-belok
Aku dah penat, terbatuk-batuk
Bau asem Hai ketiak siapa busuk

La-la-la-la-la-la-la-la (ah)

Pok Pok Pok Bujang lapok
Kena bantai tulang rusuk
Jalan senget terhangguk-hangguk
Jumpa doktor tampal koyok

Pok Pok Pok Bujang lapok
Poket kosong hai penuh habuk
Tak da nasi pakai cencaluk
Sampai kini terlupa cebok

Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk
Jalan lurus, ai, jalan belok-belok
Aku dah penat, terbatuk-batuk
Bau asem Hai ketiak siapa busuk

La-la-la-la-la-la-la-la (alamak)

Pok Pok Pok Bujang lapok
Kena bantai tulang rusuk
Jalan senget terhangguk-hangguk
Jumpa doktor tampal koyok

Bujang Lapok ....Bujang Lapok ....Bujang Lapok ....Bujang Lapok ....

5. Lagu Chan Mali Chan

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Chan Mali Chan
Di mana dia, anak kambing saya?
Anak kambing saya, yang makan daun talas
Di mana dia, buah hati saya?
Buah hati saya, bagai telur dikupas
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ketipung payung
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ketipung payung
Di mana dia, anak kambing saya?
Anak kambing saya, yang makan daun talas
Di mana dia, buah hati saya?
Buah hati saya, bagai telur dikupas
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ho-hoy
Chan mali chan, ketipung payung

6. Lagu Rasa Sayang

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Rasa Sayang
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang, hey!
Hey, lihat nona jauh,
Rasa sayang sayang, hey!

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga;
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang;
Dua tiga boleh ku cari,
Mana sama adik seorang.

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

7. Lagu Gemuruh

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Gemuruh
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

8. Lagu Setia

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Setia
Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin
Kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja

Amanah bangsa tetap dijaga (dijaga)
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama bangsa
Dan negara

Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia (setia)
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin
Kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama bangsa
Dan negara (demi negara)

9. Lagu Standing in the eyes of the world

Keretapi Sarong 2023 : Lokasi, Senarai Aktiviti Dan Senarai Lagu

Lirik lagu Standing in the eyes of the world
Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak ke mana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "standing in the eyes of the world"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul, wajar "standing in the eyes of the world"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah

Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini "standing in the eyes of the world"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul, wajar "standing in the eyes of the world"

Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes of the world
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes of the world

info & images : locco |  jkkn | bharian

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.