Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Terengganu Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Hari kedua saingan Piala Malaysia 2023 melibatkan pasukan Selangor FC bertemu pasukan Terengganu FC dalam aksi timbal balik peringkat suku Akhir (QF-2) Piala Malaysia 2023.

Selangor vs Terengganu

Perlawanan antara pasukan Selangor vs Terengganu dijadualkan berlansung pada 24 September 2023, hari Ahad jam 9:00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Pada perlawanan yang lalu, pasukan Terengganu FC bermain dengan cemerlang apabila berjaya membawa bekalan selesa bermain di halaman sendiri dengan keputusan 2 jaringan gol tanpa balasan oleh pasukan pelawat, Selangor FC.

Sebelum itu, dalam kempen Liga Super LS9, pasukan Selangor berjaya menumpaskan pasukan Terengganu dengan meledak 5 gol dengan balasan 1 gol.

Dalam perlawanan ini sudah pasti pasukan Terengganu akan mempamerkan aksi cemerlang bagi melayakkan pasukan ke peringkat separuh akhir. Begitu juga dengan pasukan Selangor yang akan memberikan saingan yang sengit dan perlu berusaha menjaringkan lebih banyak gol untuk ke peringkat seterusnya.


Siaran langsung Live Streaming Selangor vs Terengganu Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara Selangor vs Terengganu secara lansung menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Terengganu Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Selangor FC vs Terengganu FC

Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Waktu siaran : Ahad, 24 September 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket Perlawanan Selangor vs Terengganu QF-2 Piala Malaysia 24 September 2023

Tiket untuk perlawanan Piala Malaysia antara Selangor FC vs Terengganu FC pada 24 September 2023 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Selangor vs Terengganu (QF-2)

Keputusan perlawanan antara Selangor vs Terengganu Piala Malaysia 2023 dalam saingan (QF-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SELANGOR / SEL (1) - (1) TERENGGANU FC/ TER
Ivan Mamut (P) 24'
Safuwan 69'

Terengganu FC akan bertemu pasukan Kuala Lumpur City FC di separuh akhir Piala Malaysia 2023.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.