Drama Dara & The Gang (TV3)

Azhafizah MN
By -
6
Drama Dara & The Gang, drama terbaharu di Slot Sakura TV3 bersiaran mulai 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 6:00 petang dan online di Tonton.

DARA & THE GANG

Dara and The Gang, sebuah drama komedi adaptasi novel yang berjudul 'Dara Gangster And The Gangs' nukilan Amarilis Rahim lakonan Shasha Abedul, Erysha Emyra, Arena Wan dan Chubb-E sebagai pelakon utama.

Drama Dara & The Gang TV3
sumber : Drama Sangat TV3

Skrip Drama Dara & The Gang 13 episod ini ditulis oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal, diarahkan oleh pengarah dan juga pelakon, Zul Huzaimy terbitan syarikat produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Drama ini dibintangi oleh Shasha Abedul, Erysha Emyra, Arena Wan, Chubb-E, Apit Wan Lebo, Wan Saari, Cat Farish, Enot dan ramai lagi.
  • Shasha Abedul sebagai Dara
  • Erysha Emyra sebagai Busu
  • Arena Wan sebagai Bedah
  • Chubb-E sebagai Rizal
  • Apit Wan Lebo sebagai Wan Saari

SINOPSIS DARA & THE GANG

Dara & The Gang mengisahkan tentang kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung. 

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. 

Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung! Namun, kehadiran Rizal, seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. 

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. macam menarik tapi kita dah lama tak tengok drama melayu ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada masa je sempat tengok. Mana cerita best tu kadang layan juga. hihi...

      Delete
  2. Kocaaak sepertinya 😄. Dari sinobsis dah menarik kak. Sayang tak masuk ke sini. Terbayang sikap dara yg langsung berubah di depan lelaki yang dia suka🤭😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tonton online. Kann..biasanya watak perempuan nakal ni kalau berdepan dengan lelaki dia suka auto jadi sopan dan ayu.

      Delete
Post a Comment