Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Azhafizah MN
By -
0

PENCIPTA PEGANG WAKTU

Telefilem Pencipta Pegang Waktu disiarkan pada 22 September 2023, hari Jumaat jam 10:00 malam di TV3 dan online di Tonton.

Drama Televisyen (TV) Terbaik

Telefilem ini merupakan telefilem ulang siaran istimewa Hari raya Aidiladha pada tahun 2020 yang meruntun hati penonton. Telefilem Pencipta Pegang Waktu ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid, Khir Rahman, Que Haidar, Puteri Balqis, Azman Hassan dan Haidin Nasir.

Idea asalnya dicetus oleh Que Haidar sendiri dan skrip ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim. Pencipta Pegang Waktu terbitan Primeworks Studios (PWS) dan Gambo.TV ini telah dinobatkan sebagai Drama Televisyen (TV) Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2022.

Selain menjadi Drama TV Terbaik, pengarah Pencipta Pegang Waktu iaitu Zainorhisyam Samudin di anugerahkan sebagai Pengarah Drama TV Terbaik. 

ASA 2022 turut menobatkan pelakon, Fauziah Nawi sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022.

Telefilem Pencipta Pegang Waktu TV3

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir dan ramai lagi.

  • Que Haidar sebagai Zakree (Zee)
  • Khir Rahman sebagai Zaman

SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU

Hubungan Zakree dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'. Ayah mereka ialah bilal di kampung dan tegas dengan Zee dan Zaman tapi tak pernah marah dan tidak pula pernah suka Zee dipanggil begitu. 

Telefilem Pencipta Pegang Waktu TV3

Hanya ibu yang memahami. Selepas ibu meninggal dunia, Zee rasa kehilangan yang menyeksanya. Dia hilang tempat berlindung. Zee mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung dari arwah ibu.

Zee ingin bekerja di bandar dan mahu berjaya dengan bakatnya. Zaman kecewa melihat keadaan adiknya yang tidak pernah berubah dan semakin lembut. Zee cuba fahamkan abangnya tapi Zaman tak terima. 

Ibu sudah tiada dan ayahnya banyak memendam perasaan. Zee membawa diri ke bandar. Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)