Gadgets

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2023

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2023

Hari Malaysia 16 September 2023 ke-60 jatuh pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia. Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2023 akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" iaitu tema yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023 dan juga menggunakan logo yang sama.

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2023
sumber : merdeka360

Tambahan cogan kata "Segulai Sejalai" dalam Bahasa Iban yang membawa maksud "berjalan seringan" turut akan digunakan pada sambutan Hari Malaysia 2023.

Maksud Segulai Sejalai
Maksud segulai adalah bersatu dan bekerjasama di samping berpegang kepada pandangan yang sama. Sejalai pula maksudnya berjalan atau melangkah bersama ke hadapan.

Cogan kata bertepatan dengan Sambutan Hari Malaysia 2023 yang melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. 

Ia menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sebagai tonggak untuk merealisasikan harapan Malaysia MADANI.

baca juga
Sejarah Hari Malaysia 16 September 1963

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada tahun ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dimana persetujuan sambutan Hari Malaysia akan diadakan secara bergilir-gilir setiap tahun antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sambutan Hari Malaysia 2022 Ke-59 pada tahun lalu diadakan di Melaka dengan tema busana Pelbagai Etnik Era 60-an.

Siaran langsung Sambutan Hari Malaysia 2023

Siaran langsung Sambutan Hari Malaysia 2023 akan disiarkan oleh RTM dan akan disambung siar oleh semua stesen televisyen penyiar utama yang lain iaitu TV3, Astro AWANI, TV AlHijrah, BERNAMA TV, TV Sarawak (TVS) dan SUKE TV.

Lokasi : Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak
Waktu siaran : 16 September 2023, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV, RTM Klik, TV3, Astro AWANI, TV AlHijrah, BERNAMA TV, TV Sarawak (TVS) dan SUKE TV

Aturcara Majlis Hari Malaysia 16 September 2023

  • 7:00 malam : Majlis akan bermula dengan acara pra persembahan
  • 8:30 malam : Acara rasmi bermula dengan ketibaan Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salang.

Acara Menarik Sambutan Hari Malaysia 2023

Antara acara menarik yang dijadualkan pada sambutan Hari Malaysia 2023 ialah

  • Upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia
  • Perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang
  • Konsert Hari Malaysia
sumber : bharian

Untuk maklumat lanjut tentang Hari Malaysia 2023, lawati laman rasmi merdeka360.my

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.