Gadgets

Siaran Langsung Sri Pahang vs Kuching City Live Streaming 30 September 2023 LS22

Hari ketiga minggu kedua puluh dua Liga Super 2023 (LS22) menyaksikan perlawanan antara pasukan Sri Pahang melawan pasukan Kuching City FC dan KL City FC vs Kedah FC pada hari dan waktu yang sama.

Sri Pahang vs Kuching City

Pertembungan pasukan Sri Pahang vs Kuching City akan berlansung pada 30 September 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang. Ini merupakan pertemuan kali kedua dalam saingan pusingan kedua Liga Super 2023.

Pada perlawanan kali ini, Kuching City FC akan bertandang ke Pahang Darul Makmur bagi meneruskan saingan Liga Super pada minggu ke-22. Pada perlawanan lalu, LS9 Kuching City vs Sri Pahang menyaksikan Sri Pahang menang tipis dengan jaringan tol tunggal Nor Azam Azih pada minit ke 57.

baca juga
Kuching City vs Sri Pahang LS9

Skuad Tok Gajah kini berada di tangga kelima dalam carta liga super dengan 40 mata di belakang Sabah FC dengan hanya beza 2 mata. Manakala pasukan Kuching City FC berada di kedudukan tercorot.

Pasukan Kuching City perlu beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan ini untuk menambah 3 mata penting sekaligus dapat memperbaiki kedudukan dalam liga yang masih lagi berbaki 4 perlawanan.

Siaran Langsung Sri Pahang vs Kuching City Live Streaming 30 September 2023 LS22

Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Kuching City Liga Super 30 September 2023 LS22

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Kuching City dari Stadium Darul Makmur menerusi saluran 804 Astro Arena Bola 2 dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Sabtu, 30 September 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Siaran lansung : Astro Arena Bola 2 (CH804)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan Sri Pahang vs Kuching City

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelantan vs Sabah pada 30 September 2023 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur boleh didapati menerusi tickethotline.com.my

Keputusan masa penuh perlawanan Sri Pahang vs Kuching City Liga Super 2023 (LS22)

Keputusan perlawanan antara Sri Pahang vs Kuching City dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-22 (LS22) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SRI PAHANG FC/ SRP (3) - (2) KUCHING CITY FC/ KUC
Stefano Brundo 13' (P)
Pedro Henrique Cortes Oliveira Góis 16'
Abu Kamara 25'
Kuvondyk Ruzyev 43'
Rafael da Silva Santos 62'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.