Gadgets

Siaran Langsung Kelantan vs Sabah Live Streaming 29 September 2023 LS22

Hari kedua Liga Super 2023 minggu keduapuluh dua (LS22) menyaksikan pertembungan antara pasukan Kelantan vs Sabah. Pada hari yang sama dan waktu yang sama, berlangsung satu lagi perlawanan antara pasukan Terengganu FC vs Selangor FC.

Kelantan vs Sabah

Perlawanan antara pasukan Kelantan vs Sabah dijadualkan berlansung pada 29 September 2023, hari Jumaat jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan dalam kempen saingan Liga Super 2023. Pada perlawanan pusingan pertama menyaksikan Sabah FC menumpaskan Kelantan FC dengan 6 gol berbalas 1 gol.

baca juga
Sabah FC vs Kelantan FC LS9

Kedudukan Pasukan Kelantan FC kini berada di tempat kedua tercorot dalam liga dengan hanya beza 1 mata di atas Kuching FC. Pasukan Kelantan FC perlu bangkit bagi mencipta kemenangan untuk menambah mata sekaligus dapat memperbaiki kedudukan sebelum menamatkan liga yang hanya berbaki 4 perlawanan sahaja lagi.

Pasukan Sabah FC terus mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi perlawanan AFC 2023 dengan jaringan 3-0 menentang Hougang United FC. Namun dalam saingan Piala Malaysia, Perak vs Sabah pada 25 September yang lalu pasukan Sabah FC gagal untuk ke peringkat Separuh akhir. 

Perlawanan ini akan berlansung sengit dimana kedua-dua pasukan ini mahu mencipta kemenangan bagi menebus kekalahan pada perlawanan yang lalu.

Berdasarkan carta liga super terkini, pasukan Sabah FC berada di kedudukan keempat (4) di belakang Kedah FC dengan hanya beza 2 mata. Dengan kedudukan tersebut akan menyuntik semangat pasukan Sabah untuk mengatasi kedudukan skuad sang kenari.

Siaran Langsung Kelantan vs Sabah Live Streaming 29 September 2023 LS22

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan FC vs Sabah FC Liga Super 29 September 2023 LS22

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan vs Sabah dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menerusi saluran 804 Astro Arena Bola 2 dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Jumaat, 29 September 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran lansung : Astro Arena Bola 2 (CH804)
Live streaming : Astro Go dan Sooka
Link streaming :  Link 1

Info Tiket perlawanan Kelantan vs Sabah

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelantan vs Sabah pada 29 September 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV boleh didapati menerusi tickethotline.com.my

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan vs Sabah Liga Super 2023 (LS22)

Keputusan perlawanan antara Kelantan vs Sabah dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-22 (LS22) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

KELANTAN FC/ KEL ( ) - ( ) SABAH FC/ SAB

Nota : Perlawanan di antara Kelantan FC vs Sabah FC terpaksa ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak berikutan hujan lebat mengakibatkan permukaan padang ditakungi air.


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.