Gadgets

Siaran Langsung Terengganu vs Central Coast Mariners Live Streaming Piala AFC 2023

Selaku Naib Juara Liga Super Malaysia pada musim 2022, pasukan Terengganu FC layak ke Piala AFC 2023 dan aksi pertama menentang wakil Australia iaitu pasukan Central Coast Mariners yang juga merupakan naib juara Liga Australia, A-League untuk musim 2022-2023.

baca juga
Central Coast Mariners vs Terengganu FC pusingan kedua

TERENGGANU vs CENTRAL COAST MARINERS

Terengganu FC vs Central Coast Mariners FC merupakan perlawanan pembuka tirai saingan peringkat kumpulan Piala AFC (AFC Cup) 2023.

Perlawanan antara Terengganu FC vs Central Coast Mariners FC dijadualkan berlangsung pada 20 September 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Piala AFC 2023

Kejohanan Piala AFC (AFC Cup) pada edisi 2023 akan bermula pada peringkat kumpulan yang terdiri daripada 11 kumpulan yang melibatkan 42 pasukan dari rantau Asia. Format perlawanannya sama seperti pada musim-musim sebelumnya.

Pasukan Terengganu diundi dalam Kumpulan G bersama pasukan Bali United FC, Stallion Laguna FC dan Central Coast Mariners FC. Undian setiap pasukan dalam kumpulan berdasarkan kawasan pasukan tersebut.

baca juga
Bali United FC vs Terengganu FC

Siaran Langsung Terengganu vs Central Coast Mariners Live Streaming Piala AFC (AFC Cup) 2023 20 September 2023

Penyokong dan penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara Terengganu FC vs Central Coast Mariners FC secara lansung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 7:30 malam.

Siaran Langsung Terengganu vs Central Coast Mariners Live Streaming Piala AFC 2023

Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu siaran : Rabu, 20 September 2023, jam 8:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Info Tiket Perlawanan Terengganu vs Central Coast Mariners 20 September 2023

Tiket untuk perlawanan Terengganu vs Central Coast Mariners pada 20 September 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin boleh didapati di dalam talian menerusi laman rasmi : ticket.tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Terengganu FC vs Central Coast Mariners FC

Keputusan perlawanan antara Terengganu vs Central Coast Mariners dalam saingan Piala AFC 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : TERENGGANU FC (1) - (0) CENTRAL COAST MARINERS FC
Nathan Paull (OG) 45'+1

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.