Gadgets

Siaran Lansung Live Streaming Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, 6 September 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 

Perlawanan Persahabatan Tier 1 antara pasukan Malaysia vs Syria dijadualkan berlansung pada 6 September 2023, hari Rabu jam 5:00 petang di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China.

Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
sumber : FAM

Perlawanan Persahabatan Tier 1 Malaysia vs Syria 

Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 ini adalah sebagai persiapan Skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan terpenting akan datang iaitu pusingan Akhir Piala Asia 2023/2024 Asian Cup yang akan berlansung mulai 12 Januari 2024 di Qatar.

Kim Pan Gon selaku ketua jurulatih Skuad Harimau Malaya akan menilai prestasi pemain dan memastikan pemain yang dipilih akan membentuk pasukan Kebangsaan yang lebih mantap bagi menghadapi saingan tersebut.

Berdasarkan Ranking Dunia FIFA, pasukan Malaysia berada di kedudukan ke-136 dan pasukan Syria berada di tempat ke-94 dunia. Satu cabaran hebat buat pasukan Harimau Malaya menentang pasukan hebat yang berada di kedudukan lebih baik.

Perlawanan persahabatan ini juga sebagai perlawanan terpenting dimana ianya dapat meningkatkan kedudukan ranking pasukan Malaysia dalam carta Ranking bola sepak Dunia FIFA. Pasukan Malaysia perlu mencipta kemenangan bagi menambah mata penting untuk memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Ia juga sebagai satu strategi bagi memastikan kedudukan pasukan Malaysia terus kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia dan terlepas dari bermain di pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, 6 September 2023

Siaran langsung Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 2023 antara pasukan Malaysia melawan pasukan Syria dijadualkan berlansung di Stadium East-Town Football Park Chengdu, China pada 6 September 2023 bermula pada jam 4:30 petang dengan pra rancangan. 

Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
sumber : FAM

Perlawanan Malaysia vs Syria secara lansung (live streaming) disiarkan secara lansung menerusi saluran TV9 dan Astro Arena.

MALAYSIA vs SYRIA

Waktu siaran : Rabu, 6 September 2023, jam 5:00 petang
Tempat : Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China
Siaran TV : TV9 dan Astro Arena
Live Streaming : Tonton dan Astro GO

Keputusan masa penuh perlawanan MALAYSIA vs SYRIA 

Keputusan perlawanan antara Malaysia vs Syria dalam saingan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : MALAYSIA  (2) - (2)  SYRIA
Mardik Mardikian 12'
Yassin Samia 41'
 Akhyar Rashid 51'
 Darren Lok 85'

Kesebelasan Utama dan Pemain Simpanan Harimau Malaya

Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
sumber : FAM

Kesebelasan utama

16 SYIHAN HAZMI (PG)
2 MATTHEW DAVIES (K)
3 SHAHRUL SAAD
7 FAISAL HALIM
8 STUART WILKIN
12 ARIF AIMAN
14 PAULO JOSUE
18 BRENDAN GAN
20 ENDRICK
21 DION COOLS
22 CORBIN-ONG

Simpanan

1 KALAMULLAH (PG)
23 AZRI AB GHANI (PG)
4 DANIEL TING
9 DARREN LOK
10 SERGIO AGUERO
11 SAFAWI RASID
13 SHAMIE ISZUAN
15 SHARUL NAZEEM
19 AKHYAR RASHID
24 AZAM AZIH 
25 JUNIOR ELDSTAL
26 QUENTIN CHENG

Senarai 26 Pemain pasukan Malaysia

  1. Syihan Azmi (PG)
  2. Kalamullah (PG)
  3. Damien Lim (PG)
  4. Shahrul Saad
  5. Matthew Davies
  6. Dominic Tan
  7. Corbin-Ong
  8. Daniel Ting
  9. Syahmi Safari
  10. Stuart Wilkin
  11. Hong Wan
  12. Darren Lok
  13. Endrick Dos Santos
  14. Sharul Nazeem
  15. Arif Aiman
  16. Quentin Cheng
  17. Safawi Rasid
  18. Brendan Gan
  19. Akhyar Rashid
  20. Faisal Halim
  21. Paulo Josue
  22. Nor Azam Azih
  23. Dion Cools
  24. Sergio Aguero
  25. Junior Eldstal
  26. Shamie Iszuan

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.