Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Saingan Piala Malaysia 2023 kembali berlangsung dalam aksi Suku Akhir pertama (Quater Final-2nd Leg). Aksi pembukaan suku akhir kedua membabitkan pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melawan Skuad Jang, Negeri Sembilan FC.

Negeri Sembilan vs Johor Darul Ta'zim

Perlawanan antara pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) vs Negeri Sembilan dijadualkan berlansung pada 23 September 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Pada peringkat Suku Akhir kedua (2nd leg), Skuad Jang akan bertandang ke gelanggang keramat Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan bekalan agregat 0. 

Satu cabaran besar buat pasukan Negeri Sembilan untuk menjaringkan lebih banyak gol di tempat lawan bagi melayakkan pasukan ke peringkat separuh Akhir Piala Malaysia.

Kelebihan buat pasukan tuan rumah, Skuad Harimau Selatan bermain di halaman sendiri dengan membawa bekalan selesa dengan 3 gol di tempat lawan pada aksi pertama suku akhir. 


Ini merupakan pertemuan kali keempat kedua-dua pasukan bertemu. 2 perlawanan dalam aksi Liga Super dimana pada LS2, JDT menang besar dengan 7 gol tanpa balasan. Kemudian pada pertembungan LS16, JDT berjaya mencetak 2 gol tanpa balasan.

Berdasarkan rekod pertemuan pasukan JDT dengan Negeri Sembilan, semua kemenangan memihak kepada pasukan JDT. Selaku pendahulu Liga, pasukan JDT mahu terus melakar kemenangan dan mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang keramat.

Sekaligus membawa pasukan JDT layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023. Skuad Jang perlu berhati-hati dengan ancaman skuad Harimau Selatan dan perlu beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan ini.

Siaran langsung Live Streaming Negeri Sembilan FC vs JDT Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara JDT vs Negeri Sembilan secara lansung menerusi saluran 801 Astro Arena, saluran 803 Astro Arena Bola, Sukan RTM dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)

JDT vs Negeri Sembilan FC

Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Waktu siaran : Sabtu, 23 September 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola (CH803), Sukan RTM
Live streaming : Astro Go, RTMKlik dan Sooka

Info Tiket Perlawanan JDT vs Negeri Sembilan QF-2 Piala Malaysia 23 September 2023

Tiket untuk perlawanan Piala Malaysia antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) vs Negeri Sembilan FC pada 23 September 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim mula dijual menerusi tickethotline.com.my pada 21 September bermula jam 2:00 petang.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket (4) sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.
 
Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut.

Keputusan masa penuh JDT vs Negeri Sembilan (QF-2)

Keputusan perlawanan antara JDT vs Negeri Sembilan FC Piala Malaysia 2023 dalam saingan (QF-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (4) - (1) NEGERI SEMBILAN FC/ NSE
 Bergson da Silva 6', 11'
 Juan Muñiz 29'
 Zamri Pin 39
 Fernando Forestieri 90'+1


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.