Filem Mat Kola di Pawagam 21 September 2023

Azhafizah MN
By -
0

MAT KOLA

Filem Mat Kola ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 September 2023. Mat Kola, sebuah filem komedi arahan Hafiz Nafiah terbitan syarikat produksi AA Success Pictures Sdn. Bhd. Idea asal filem ini daripada Azman Ahmad dan skrip ditulis oleh Pijon dan Azman Ahmad.

Filem Mat Kola di Pawagam 21 September 2023

PELAKON DAN WATAK

Mat Kola dibintangi oleh pelakon seperti Ropie, Usop, Taiyudin Bakar, Azman Ahmad, Rozita Che Wan, Putri Hanan, Fendi London, Mohd Hafeezul, Abang Gee, Zainon Ismail, Suhaili Che Rus, Cikgu Akop dan ramai lagi.

  • Ropie sebagai Pak Sheikh
  • Usop sebagai Mat Ki
  • Azman Ahmad sebagai Mat Yon
  • Taiyuddin Bakar sebagai Mat Not
  • Rozita Che Wan sebagai Che Som
  • Putri Hanan sebagai Maliah
  • Fendi London sebagai Bang Lah
  • Mohd Hafeezul Yop sebagai Joe Klipop
  • Zainon Ismail sebagai Bang Non

SINOPSIS MAT KOLA

Filem Mat Kola mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Mat ki, Mat Yon dan Mat Not yang kecewa dalam kehidupan masing-masing.

Mat Ki berhadapan masalah dibuang kerja tanpa sebab. 
Mat Yon ditipu tunang yang baru diketahuinya ada lelaki lain menjelang hari perkahwinan mereka.
Mat Not dipandang rendah oleh ayahnya kerana tidak berjaya seperti adik-beradiknya yang lain. 

Sebaik terserempak, mereka mula bersemangat memperbaiki diri bersama. Mereka mencari rumah sewa dan melalui cadangan Pak Syeikh, mereka dapat menyewa rumah sewa milik Che Som, betul-betul di sebelah rumah Che Som.

Mereka merancang untuk memulakan perniagaan dengan menjual burger di kawasan kampung dan ini menimbulkan rasa dengki Pak Syeikh. Pelbagai rancangan dilakukan Pak Syeikh untuk mensabotaj perniagaan mereka.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)