Telefilem Wan Embong (TV9), Lakonan Neelofa

Azhafizah MN
By -
0

WAN EMBONG

Telefilem WAN EMBONG bersiaran pada 18 September 2023, jam 8:30 malam di slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton. Telemovie/ Telefilem Wan Embong ini adalah ulang siaran yang pernah di tayangkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2015.

Telefilem Wan Embong TV9 Lakonan Neelofa

Wan Embong, sebuah telefilem hebat arahan sutradara tersohor Amie Maziah terbitan Zeel Production. Skrip pula ditulis oleh Syed Muhd Taufik Syed Abdul Jalil. 

Dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Faizal Hussien, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imran, Johan Asaari, Dato Rahim Razali dan ramai lagi.

Wan Embong ini mengisahkan tentang kisah cinta terhalang dua insan yang diselimuti kebencian, fitnah dan pengkhianatan.

Lokasi penggambaran

Telefilem ini menjalani penggambaran di sekitar Bukit Cerakah Shah Alam, Gunung Lang Ipoh serta Tasik Banding Hutan Belum Grik Perak dan mengambil masa selama 14 hari.

PELAKON DAN WATAK

  • Faizal Hussien sebagai Omar
  • Neelofa sebagai Wan Embong
  • Izreen Azminda sebagai Chempaka
  • Vanida Imran sebagai Seri
  • Johan Asaari sebagai Ali
  • Dato Rahim Razali sebagai Wan Manap 
  • Fendi Seman sebagai Ahmad
  • Khairul Anuar sebagai Uda
  • Khairul Azmi sebagai Ilham
  • Numan Salleh sebagai Pawang

SINOPSIS WAN EMBONG

WAN EMBONG mengisahkan Omar, seorang ketua Kampung Tuan Tunggal yang memiliki dua orang isteri iaitu Seri dan Chempaka. Kedua-dua mereka begitu taat dengan Omar. Kisah bermula apabila Omar mengutip cukai bulanan di rumah Wan Manap. Kedaifan Wan Manap ternyata mengharukan hati Omar.

Omar memahami Wan Manap yang uzur dan tidak lagi mampu bekerja. Dan disitu jugalah Omar bekenalan dengan anak dara Wan Manap, Wan Embong. Wan Embong seorang gadis bertudung lepasan sekolah dan belum berkahwin. 

Omar terus menyatakan hasrat untuk mengahwini Wan Embong dan Wan Manap tidak lagi perlu membayar cukai bulanan. Wan Embong menolak permintaan Omar. 

Namun kerana kasihan bapanya, Wan Embong harus menerima takdir yang dia terpaksa menjadi isteri kepada Omar. Namun Wan Embong meletakkan syarat yang Omar tidak boleh menyentuh dirinya. 

Dibawa pulang ke rumah, disinilah Wan Embong terpaksa berhadapan pula dengan isteri-isteri Omar iaitu Seri dan Chempaka.

Seri, isteri pertama yang memang tidak suka Chempaka dan Embong kerana beranggapan mereka hanya menginginkan harta suaminya.

Berlainan dengan Chempaka, yang mudah mesra dan bersikap baik dengan Embong. Namun segalanya berubah apabila Wan Embong diperkenalkan Ali oleh Chempaka. Ali sudah lama mencintai Embong. 

Chempaka akhirnya mengatur langkah untuk menyatukan Ali dan Embong tanpa diketahui, Chempaka memiliki niatnya yang tersendiri. 

Apakah niat sebenar Chempaka? 
Apakah Omar tidak akan mengetahui hubungan cinta sulit Ali dan Wan Embong? Apakah Seri akan berdiam diri?

Ikuti kesudahannya dalam telefilem Wan Embong lakonan utama Neelofa di TV9 pada 18 September 2023, jam 8:30 malam.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)