Gadgets

Koleksi Ucapan Salam Maulidur Rasul 2023/1445H Dan Hadis

Di Malaysia, lazimnya pada hari sambutan Maulidur Rasul atau Maulid Nabi akan ada acara perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program majlis ilmu, forum perdana dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul 1445H/ 2023

Sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023 di Malaysia akan disambut pada hari Khamis 28 September 2023 dengan tema "Perpaduan Teras Malaysia Madani"

Sempena sambutan Maulidur Rasul 2023/ 1445H, Marilah kita ambil peluang ini untuk menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Hidupkan sunnah Rasullullah dan Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Jom berselawat! Bukan hanya sempena maulidur rasul tapi jadikan amalan untuk hari-hari biasa juga.

Tidak ketinggalan juga memberi ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Dikongsikan koleksi ucapan Selamat menyambut/ Salam Maulidur Rasul 1445H (2023) untuk posting di media sosial.

 baca juga


Koleksi Ucapan Salam Maulidur Rasul 2023/1445H

Ucapan 1

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023M buat seluruh Umat Islam di Malaysia.
Pada hari yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sabda nabi :
مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).—An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih

Ucapan 2

Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1445H

Firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.—Al-Ahzab: 56

Ucapan 3

Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1445H | 28 September 2023

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak.

Ucapan 4

Salam Maulidur Rasul 1445H
Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Ucapan 5

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H /2023M kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga segala kebaikan yang dilakukan mampu meraih cinta Allah dan syafaat baginda di akhirat kelak.

Sollu alan nabi. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad

Ucapan 6

Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di dalam Syurga kelak. Amin.

Ucapan 7

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2023 Masihi bersamaan 1445 Hijriah. Semoga berkat kelahiran Nabi Muhammad SAW menyertai langkah-langkah kita selamanya.

Ucapan 8

Ya Allah, berkatilah kita dalam merayakan Maulidur Rasul di tahun ini. Semoga cahaya kasih dan kedamaian Nabi Muhammad SAW mengiringi perjalanan hidup kita hendaknya. Aamiin...

Ucapan 9

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H. Semoga kehadiran Nabi Muhammad SAW di dunia ini senantiasa memberikan inspirasi dan petunjuk bagi kita semua.

Ucapan 10

Salam Maulidur Rasul 1445H. Semoga dalam setiap langkah hidup kita, kita selalu mengingat dan mengikuti teladan Nabi Muhammad SAW.

Ucapan 11

Marilah kita menyambut Hari Maulidur Rasul tahun ini dengan penuh sukacita dan rasa syukur. Semoga keberkahan Nabi Muhammad SAW menyertai kita.

Ucapan 12

Di hari lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah tingkatkan iman dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/ 2023.

Ucapan 13

Semoga Maulidur Rasul di tahun ini menjadi momentum untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad SAW.

Hadis Maulidur Rasul

Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadith Riwayat At-Tarmizi

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. – Surah Al-Ahzab : 56

Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga)—Riwayat al-Baihaqi

Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat —Hadis Riwayat Muslim

Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat. —Hadis Riwayat Tabrani

sumber ucapan : theinspirasi

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.