Gadgets

Siaran Langsung Malaysia vs India Live Streaming Pesta Bola Merdeka 2023

Malaysia vs India, perlawanan pembuka tirai aksi pertama saingan Pesta Bola Merdeka 2023 yang akan berlangsung pada 13 Oktober 2023 jam 9:00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

baca juga
siaran langsung Malaysia vs Tajikistan Final Pestabola Merdeka 2023

Siaran Langsung Malaysia vs India Live Streaming Pesta Bola Merdeka 2023
sumber : FAM

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon secara tidak langsungnya akan menjadi pasukan pertama merasmikan padang baharu dengan rumput baharu. Malah, penonton juga dapat menggunakan fasiliti seperti tandas dan surau yang telah dinaik taraf.

Majlis perasmian padang baharu telah disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 12 Oktober, hari Khamis sehari sebelum perlawanan Malaysia vs India berlansung.

Siaran Langsung Malaysia vs India Live Streaming Pesta Bola Merdeka 2023

Penyokong Harimau Malaya boleh menyaksikan perlawanan Malaysia vs India secara siaran langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur menerusi saluran 803 Astro Arena Bola, Astro GO dan online di platform Sooka. Pra rancangan akan bermula pada jam 8:30 malam.

sumber : Sooka

MALAYSIA vs INDIA

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Waktu siaran : Jumaat, 13 Oktober 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Tonton secara online menerusi platform Sooka dengan langganan pas perlawanan berharga RM12.90.

Selain itu, penyokong juga boleh menonton siaran langsung live streaming Malaysia vs India percuma di beberapa lokasi tayangan skrin besar seluruh Malaysia. 


Info Tiket perlawanan Malaysia vs India

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Malaysia vs India pada 13 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur boleh didapati menerusi tickethotline.com.my. Tiada penjualan tiket fizikal di Stadium.

Menjelang 1 hari sebelum perlawanan, dikatakan sebanyak 35,512 telah dijual. Ayuh semua "Ekor Harimau" berikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya

Siaran Langsung Malaysia vs India Live Streaming Pesta Bola Merdeka 2023
sumber : FAM

Format Pestabola Merdeka 2023

Seperti yang telah diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 tetap dikekalkan walaupun hanya disertai tiga pasukan iaitu Malaysia, India dan Tajikistan selepas pasukan Palestin menarik diri.

Palestin terpaksa menarik diri daripada menyertai Pestabola Merdeka 2023 edisi ke-42 susulan situasi tegang yang sedang berlaku.


Berdasarkan jadual asal, Palestin dijadual bertemu Tajikistan (4.30 petang) manakala Malaysia berdepan India (9.00 malam), Jumaat ini dengan pasukan yang kalah akan merebut tempat ketiga manakala pemenang aksi pertama mara ke final, Selasa ini.

Malaysia akan bertemu India pada 13 Oktober, Jumaat. Manakala Tajikistan terus layak ke final. Hanya satu perlawanan sahaja yang akan berlangsung pada hari 13 Oktober. Begitu juga pada 17 Oktober, hanya berlangsung perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada jam 9:00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selau tuan rumah, sudah tentu kita mengharapkan skuad Harimau Malaya akan menang dan sekaligus layak ke pentas akhir/final pestabola Merdeka 2023 di gelanggang keramat ini.

Keputusan masa penuh perlawanan Malaysia vs India

Keputusan perlawanan antara Malaysia vs India dalam saingan Pestabola Merdeka 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : MALAYSIA/ MAS  (4) - (2)  INDIA/ IND
 Dion Cools 7'
 Naorem Mahesh Singh 13'
 Arif Aiman Hanapi 20' (P)
 Faisal Halim 42'
Sunil Chhetri 51'
 La'Vere Corbin-Ong 61'

Tahniah Skuad Harimau Malaya berjaya ke pentas final Pestabola Merdeka 2023 menentang pasukan Tajikistan pada hari Selasa, 17 Oktober 2023.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.