Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, 9 September 2023

Siaran Langsung Live Streaming China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 kedua 

Perlawanan Persahabatan Tier 1 kedua antara pasukan China dan Malaysia dijadualkan berlangsung pada 9 September 2023, hari Sabtu jam 7:35 malam di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China.

Dalam perlawanan Persahabatan Tier 1 pertama pada 6 September yang lalu, Malaysia vs Syria berakhir dengan keputusan seri. Secara tidak lansung ia juga dapat memperbaiki ranking FIFA dunia.

Perlawanan Persahabatan Tier 1 China vs Malaysia

Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 ini adalah sebagai persiapan Skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan terpenting akan datang iaitu pusingan Akhir Piala Asia 2023/2024 Asian Cup yang akan berlangsung mulai 12 Januari 2024 di Qatar.

Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan Gon akan menilai prestasi pemain dan memastikan pemain yang dipilih akan membentuk pasukan Kebangsaan yang lebih mantap bagi menghadapi saingan tersebut.

Berdasarkan Ranking Dunia FIFA terkini, pasukan Malaysia berada di kedudukan ke-136 dan pasukan China berada di tempat ke-80 dunia. 

Satu cabaran besar buat pasukan Harimau Malaya menentang pasukan hebat yang berada di kedudukan yang jauh lebih baik dari pasukan Syria sebelum ini. Sudah pasti perlawanan ini akan berlansung sengit. Para penyokong mengharapkan kemenangan dapat dicipta oleh Skuad Harimau Malaya.

Perlawanan persahabatan ini juga sebagai perlawanan terpenting dimana ianya dapat meningkatkan kedudukan ranking pasukan Malaysia dalam carta Ranking bola sepak Dunia FIFA. Pasukan Malaysia perlu mencipta kemenangan bagi menambah mata penting untuk memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Ia juga sebagai satu strategi bagi memastikan kedudukan pasukan Malaysia terus kekal berada dalam kelompok 25 pasukan terbaik negara Asia dan terlepas dari bermain di pusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2026.

Siaran Langsung Live Streaming China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, 9 September 2023

Siaran langsung Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 2023 antara pasukan China menentang pasukan Malaysia dijadualkan berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China pada 9 September 2023 bermula pada jam 7:05 malam dengan pra rancangan. 

Siaran Langsung Live Streaming China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
sumber : FAM

Perlawanan China vs Malaysia secara langsung (live streaming) disiarkan secara langsung menerusi saluran TV9 dan Astro Arena.

CHINA vs MALAYSIA

Waktu siaran : Sabtu, 9 September 2023, jam 7:35 malam
Tempat : Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China
Siaran TV : TV9 dan Astro Arena
Live Streaming : Tonton dan Astro GO
Link streaming : Link 1Link 2

Keputusan masa penuh perlawanan CHINA vs MALAYSIA Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1

Keputusan perlawanan antara China dan Malaysia dalam saingan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : CHINA  (1) - (1)  MALAYSIA
 Faisal Halim 11'
 Lin Liangming 36'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.