Gadgets

Selamat Hari Malaysia 2023 Ke-60

SELAMAT HARI MALAYSIA 2023, 16 September

Sabtu, 16 September seluruh rakyat Malaysia akan meraikan Hari Malaysia 2023. Selamat Hari Malaysia 2023 negaraku Malaysia. Tahun ini kita meraikan Hari Malaysia yang ke-60 yang disambut sejak tahun 1963.

Selamat Hari Malaysia 2023 Ke-60

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2023 akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan".

Program Keretapi Sarong 2023 juga akan berlansung di Dataran Merdeka dan beberapa tempat di negeri terpilih. Boleh rujuk link tersebut untuk senarai lokasi, acara dan juga senarai lagu.



FAKTA RINGKAS HARI MALAYSIA

  • Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
  • Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
  • Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakilwakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
  • Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
  • Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Kredit : http://www.mdks.gov.my/ms/mdks/pusat-media/pengumuman/fakta-mengenai-hari-malaysia

Selamat Hari Malaysia dan Selamat Bercuti untuk seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus aman damai, bersatu padu dan terus maju. Aamiin...

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.