Drama Pemburu Rahsia, Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Azhafizah MN
By -
0

PEMBURU RAHSIA

PEMBURU RAHSIA, sebuah drama Melayu bersiri 15 episod genre suspen thriller bersiaran mulai 5 September 2023 menggantikan Drama Aku Yang Kau Sakiti. 

Pemburu Rahsia drama terbaharu TV3 di Slot Samarinda ini juga merupakan drama terbaharu terbitan Zeel Production diarahkan oleh Feroz Kader.

Drama Pemburu Rahsia bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di Slot Samarinda TV3 dan online di Tonton.

DramPemburu Rahsia Sinopsis Dan Tayangan Di TV3
sumber : Drama Sangat

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS PEMBURU RAHSIA

Pemburu Rahsia dibintangi oleh pelakon Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Muaz Zabir, Fariz Isqandar, Kimberly Chuah, Raff Roslee, Raden Zaharatul, Zarul Umbrella, Haliza Misbun, Jesse Lim, Kween Keela, Silfeny Osman, Adwafri Shah, Izzul Faiq dan ramai lagi.
  • Adam Lee sebagai Waiz Mikael
  • Scha Elinnea sebagai Marisa Damia
  • Kween Keela sebagai Nadine Ahmad
  • Adwafri Shah sebagai Qayyum
Drama Pemburu Rahsia mengisahkan tentang Damia seorang gadis instafamous yang terkenal di Sekolah Tengku Karim telah ditemui mati di Malam Seluhur Kasih. Damia dipercayai membunuh diri kerana terlalu tertekan akibat menjadi mangsa buli di media sosial.

DramPemburu Rahsia Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Kakak tirinya, Alia pulang ke Malaysia dari Sunderland untuk menyiasat kes berkenaan. Keadaan makin genting bila munculnya seorang pembunuh misteri yang ingin menuntut bela atas kematian Damia. Apa akan terjadi?

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)