Gadgets

Kupi-Kupi Di Bunga 59 Cafe Sekali Lagi

Sabtu lepas, alang-alang dah balik Kuala Pilah tu kononnya nak makan chicken chop sedap di Bunga 59 Cafe. Sambil tu bolehlah kupi-kupi juga. Alang-alang kan...Kalau nak pergi sesaje cari makan memang tak lah kan.

baca juga
pertama kali makan-makan dan mengopi di Bunga 59 Cafe

Sekali bila dok belek-belek menu dengan menggunakan QR Code tu, tak ada pula menu chiken chop dalam senarai. Dah habis agaknya kot. Sebab tu tak ada.

Almaklumlah, hari Sabtu malam Ahad. Hari minggu yang ramai orang keluar malam. Mungkin sebab tu habis cepatlah kot. Kami sampai pun lebih kurang pukul 10 lebih macam tu. Kira dah lewat juga lah.

Kami pun baru nak makan malam. Makan lewat sikit sebab perut pun tak lah lapar sangat. Tapi bila sampai tengok menu yang ada, terus auto lapar!

Saya pesan spaghetti bolognese dan hazelnut latte. Encik suami pula pesan nasi ayam penyet dan cafe latte. Masa kami sampai tu cuma ada satu je menu yang ada pelanggan. Jadi menu yang kami pesan tu cepatlah sampainya.

Bagus juga kan datang waktu macam tu. Waktu tak sibuk dan boleh santai lepak lama-lama dengan selesa. 

Spaghetti bolognese sampai dulu. Macam biasa, kamera makan dulu. Sebelum kawan-kawan dia yang lain sampai, kita potretkan dia sorang-sorang.

Spaghetti bolognese.

Mengancam betul ye spaghetti bolognese dia. Sos dia melimpah dan porsi spaghetti dia pun banyak. Taburan herbs pun banyak. Kenyang betul makan sorang-sorang. Encik suami tak suka sangat bolognese, dia lebih suka carbonara.

Sos bolognese dia sedap, saya suka. Tapi dia macam manis sikit. Kalau letak black pepper tu rasa pedas sikit lebih mencapai KPI selera saya. Pempedas mesti lah nak rasa pedas. Kann...

Kupi-Kupi Di Bunga 59 Cafe Sekali Lagi

Lepas tu barulah Hazelnut latte dan Cafe latte sampai.

Hazelnut latte.

Haritu dah cuba caramel macchiato dan Toffee nut. Kali ni cuba kopi lain lah pula. Saja order hazelnut latte sebab nak tebus kempunan tak dapat mengopi di Richiamo Coffee. Selaku penggemar The OLDTOWN White Coffee Hazelnut yang sentiasa ada stok di rumah, rasa hazelnut tak pernah mengecewakan.

Hazelnut latte di Bunga 59 cafe ni memang sedap. Terima kasih barista! Next time nak order hazelnut latte lagi. Hihi...
 
Kupi-Kupi Di Bunga 59 Cafe Sekali Lagi

Cafe latte.

First time mencuba cafe latte. Cafe latte ni untuk pencinta kopi yang suka pahit-pahit kopi dan tak manis lansung. Espresso dengan full cream je kalau tak silaplah. Sesekali hirup kopi pahit-pahit sedap macam ni pun best juga.

Kupi-Kupi Di Bunga 59 Cafe Sekali Lagi


Suka tengok latte art cafe latte ni. Lebih menarik rupa parasnya. Kalau datang sini memang order custom latte je lah jawabnya.

Akhir sekali barulah nasi ayam penyet sampai. 

Nasi ayam penyet.

Besar porsi nasi ayam penyet ni. Saiz ayam pun besar. Semangkuk nasi putih, tempe goreng, tauhu goreng, ayam goreng, ulam kobis, sambal penyet dan tak lupa semangkuk sup. 

Sup dia plain yang memang saya suka. Sambal dia kurang pedas, saya rasa hujung-hujung garpu je. Yang lain tak sempat rasa sebab saya leka makan spaghetti bolognese sampai kenyang. Tak lalu nak menjamah ayam penyet. 

Kupi-Kupi Di Bunga 59 Cafe Sekali Lagi

Selepas dua kali datang makan di sini. Saya rasa menu western dia sangat wow, sedap! Puas hatilah dengan harga dan rasa. Berbaloi! Nampaknya bakal jadi cafe persinggahan wajib singgah bila balik kampung. 

10 comments:

  1. Lewat betul singgah makan.
    Kalau ada rasa manis pada makanan yang patut masin memang lambat sedikit untuk dihabiskan.
    Nanti hendak tengok rupa paras chicken chop pada pos sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah lewat kak.
      Masin sangat pun tak boleh juga. Kena balance rasa dia.
      Chicken chop dia sedap!

      Delete
  2. Memang kliatan sedaaap bolognese nya kak 😍😍😍. Saya pun tipe yg lebih suka spaghetti Alfredo, carbonara atau aglio Olio. Jarang sangat bolognese. Tapi yg ini dari plating saja nampak tempting sangat 👍.jadi teringin nak coba 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! yang tak suka mungkin akan suka makan. Food plating memang mengancam tekak gitu. hihi...

      Delete
  3. Saya pun terpikat dengan spaghetti bolognese tu. Saua suka kalau kuahnya banyak, banjir melimpah ruah hihihii. Mewah taburan herbanya, tak kedekutlah tuan punya cafe.... slurrrppp...sluurrppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie, owner kedai tak kedekut. Berbaloi kuantiti dan harga dan juga rasanya yang sedap.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.