Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs KL City Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Hari kedua saingan Piala Malaysia 2023 melibatkan 2 perlawanan iaitu Sri Pahang melawan Kuala Lumpur City pada jam 5:30 petang. 

Manakala satu lagi perlawanan membabitkan pasukan Selangor menentang pasukan Terengganu pada jam 9:00 malam dalam aksi timbal balik peringkat suku Akhir (QF-2) Piala Malaysia 2023.

Sri Pahang vs KL City

Aksi perlawanan antara pasukan Sri Pahang vs KL City dijadualkan berlansung pada 24 September 2023, hari Ahad jam 5:30 petang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Dalam aksi pertemuan saingan liga super LS13, Skuad warga kota berjaya menumpaskan pasukan Tok Gajah dengan kemenangan tipis 2 gol berbalas 1.

Pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia pula, kemenangan masih memihak kepada pasukan KL City dengan kemenangan tipis 1 gol tanpa balasan, jaringan tunggal Romel Morales pada minit ke-74.

Pasukan KL City akan bertandang ke Pahang dalam aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 dengan kelebihan agregat 1 - 0. Pasukan Sri Pahang perlu menjaringkan lebih banyak gol bagi melayakkan pasukan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023.

baca juga
Sri Pahang vs KL City
KL City vs Sri Pahang QF-1

Siaran langsung Live Streaming Sri Pahang vs KL City Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara Sri Pahang vs KL City secara lansung menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 5:00 petang bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs KL City Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Sri Pahang FC vs KL City FC

Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Waktu siaran : Ahad, 24 September 2023, jam 5:30 petang
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket Perlawanan Sri Pahang vs KL City QF-2 Piala Malaysia 24 September 2023

Tiket untuk perlawanan Piala Malaysia antara Sri Pahang vs KL City FC pada 24 September 2023 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Sri Pahang vs KL City (QF-2)

Keputusan perlawanan antara Sri Pahang vs KL City Piala Malaysia 2023 dalam saingan (QF-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SRI PAHANG/ SRP (1) - (1) KUALA LUMPUR CITY/ KLC
Romel Morales - 29'
 Stefano Brundo (P) 90'+5

Kuala Lumpur City FC mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 2-1.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.