Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Filipina vs Malaysia Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) 9 September 2023

Siaran Langsung Live Streaming Filipina vs Malaysia Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) 9 September 2023

Aksi perlawanan Filipina vs Malaysia Bawah 23 akan berlangsung pada 9 September 2023, hari Sabtu jam 5:30 petang Waktu Malaysia di Stadium Chonburi, Thailand.

Pada hari yang sama juga, Skuad Senior akan mengharungi Perlawanan Persahabatan Tier 1 kedua, China vs Malaysia di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China jam 7:35 malam.

Dalam aksi pertama skuad Harimau Muda Malaya berjaya menewaskan pasukan Bangladesh dengan mencetak 2 gol tanpa balasan.

baca juga : 
Perlawanan kelayakan Piala Asia B-23 (U23) ini akan berlangsung bermula 6 September hingga 12 September 2023 yang melibatkan 55 pasukan secara keseluruhan bagi merebut tempat ke final Piala Asia B23 AFC 2024.

Pasukan Malaysia berada dalam kumpulan H akan berdepan dengan pasukan Bangladesh pada 6 September 2023, kemudian bertemu pasukan Filipina pada 9 September 2023 dan Thailand pada 12 September 2023.

Perlawananan pertama menentang Bangladesh, pasukan Malaysia beraksi dengan cemerlang. Perlawanan kedua, Filipina vs Malaysia dijadualkan berlangsung  hari Sabtu, 9 September 2023 jam 5:30 petang di tempat yang sama pada perlawanan pertama iaitu Stadium Chonburi, Thailand.

Perlawanan Filipina vs Malaysia akan dibawakan secara langsung menerusi TV Sukan RTM.

Siaran Langsung Live Streaming Filipina vs Malaysia Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) 9 September 2023
sumber : FAM

Format perlawanan adalah secara round-robin satu pusingan. 11 Juara setiap kumpulan bersama 4 pasukan naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B23 AFC 2024. Pasukan Qatar sebagai tuan rumah layak secara automatik.

FILIPINA vs MALAYSIA

Waktu siaran : Sabtu, 9 September 2023, jam 5:30 petang (waktu Malaysia)
Tempat : Stadium Chonburi, Thailand
Siaran TV/ Live Streaming : TV Okey, Sukan RTM dan Astro Arena

Keputusan masa penuh perlawanan FILIPINA vs MALAYSIA

Keputusan perlawanan antara Filipina vs Malaysia dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-23 (U23) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : FILIPINA  (0) vs (4)  MALAYSIA
 Mukhairi Ajmal 1'
 T. Saravanan 6' 61'
 Harith Haiqal 23'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.