Telefilem Remuk (TV3)

Azhafizah MN
By -
0

REMUK

Telefilem Remuk bersiaran pada 23 September 2023, hari Sabtu jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3 dan online di Tonton.

Telefilem Remuk TV3

Telefilem ini merupakan telefilem ulang siaran yang pernah ditayangkan sempena hari raya tahun 2019. Menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Nabila Huda, Wan Sharmila, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Remuk diarahkan oleh Pali Yahya bersama Eez Jalaluddin, skrip ditulis oleh K. Adlie dan diterbitkan oleh P&D Pictures Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Nabila Huda, Wan Sharmila, Qistina Raisah, Aini Batrisya, Keisha Laila, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Qistina Raisah, Riz Amin, Esma Daniel, Meor Mohd, Anne Abdullah, Ainin Batrisya, Asyikin Zaid, Keisha Laila, Haris Mohd Ismail (PU Riz) dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Zamri
  • Saharul Ridzwan sebagai Zakuan
  • Nabila Huda sebagai Aishah @Chah
  • Wan Sharmila sebagai Lia
  • Riz Amin sebagai Hussin
  • Qistina Raisah sebagai Nurul
  • Keisha Laila sebagai Keisha
  • Ainin Batrisya sebagai Dhia
  • Asyikin Zaid sebagai Siti
  • Esma Daniel sebagai Malek
  • PU Riz sebagai Ustaz
  • Meor Mohd sebagai Saufi

SINOPSIS REMUK

Kisah tentang dua orang iaitu Zakuan seorang Warden Penjara yang memikirkan tentang gilirannya untuk menyambut raya dengan keluarga. Ditambah lagi isteri dan anak-anaknya mengharapkan tahun ini mereka dapat pulang ke kampung beraya dengan sanak saudara.

Telefilem Remuk TV3

Satu lagi kisah Zamri, yang dipenjarakan atas kesalahan membunuh tanpa niat ketika ingin menyelamatkan isterinya daripada dirogol oleh Hussin kawannya sendiri yang menuntut hutang dari Zamri. Zamri dipenjara di tempat Zakuan bekerja.

Bermula konflik antara mereka berdua apabila giliran Zakuan untuk mendapat cuti raya tahun ini terpaksa dibatalkan kerana dia perlu bertugas kerana kakitangan yang bertugas berkurangan dan ada yang perlu membuat operasi di blok penjara lain.

Remuk hati Aishah, isteri Zakuan kerana Zakuan lebih mementingkan tugas daripada isterinya. Berlaku pertelingkahan antara mereka. Manakala Zamri pula, tertekan di penjara kerana memikirkan keselamatan isteri dan anak-anak di rumah untuk menguruskan persiapan raya buat kali pertama tanpa dia.

Dia mengalami kemurungan yang teruk sehingga terpaksa di tahan di hospital dengan kawalan Zakuan.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)