Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Negeri Sembilan vs JDT Piala Malaysia 2023 (QF-1)

Saingan Piala Malaysia 2023 kembali berlangsung di peringkat Suku Akhir pertama (Quater Final-1st Leg). Aksi pembukaan suku akhir pertama melibatkan pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT.

Negeri Sembilan vs Johor Darul Ta'zim

Perlawanan antara pasukan Negeri Sembilan vs Johor Darul Ta'zim, JDT dijadualkan berlansung pada 13 September 2023, hari Rabu jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga antara kedua-dua pasukan. Pertemuan kedua-dua tersebut dalam aksi Liga Super dimana pada LS2, JDT menang besar dengan 7 gol tanpa balasan. Kemudian pada pertembungan LS16, JDT berjaya mencetak 2 gol tanpa balasan.

baca juga

Berdasarkan rekod pertemuan tersebut, pasukan JDT sudah pasti ingin terus memburu kejayaan. Sekaligus ingin menebus kekecewaan yang lalu perlawanan Kedah vs JDT yang berakhir dengan seri 3-3.

Selaku pendahulu liga, pasukan JDT mahukan bekalan selesa untuk aksi timbal balik nanti di halaman sendiri bagi melayakkan pasukan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023. 

Skuad Jang perlu berhati-hati dengan ancaman skuad Harimau Selatan dan perlu mempamerkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan ini bermain di halaman sendiri.

Siaran langsung Live Streaming Negeri Sembilan FC vs JDT Piala Malaysia 2023 (QF-1)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara Negeri Sembilan vs JDT secara lansung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs JDT Piala Malaysia 2023 (QF-1)

Negeri Sembilan FC vs JDT

Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.
Waktu siaran : Rabu, 13 September 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket Perlawanan Negeri Sembilan vs JDT QF-1 Piala Malaysia 13 September 2023

Tiket untuk perlawanan Negeri Sembilan vs JDT pada 13 September 2023 yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline.com.my.

Starting Line-up NEGERI SEMBILAN vs JOHOR DARUL TA'ZIM

NSE

Firdaus Irman, Tommy Mawat, Herold Goulon, R. Barathkumar, Hariz Kamarudin, Nasrullah Haniff (c), Mahalli Jasuli, Zamri Pin Ramli, Hasbullah Abu Bakar, Youssef Ezzejjari, Filemon Standly

Substitutes

Tauffiq Ar Rasyid, Annas Rahmat, Sean Selvaraj, Zainal Abidin, A. Selvan, Fahmi Faizal, Harith Samsuri, Afiq Fitri, Izzuddin Roslan

JDT

Syihan Hazmi, Matthew Davies, Afiq Fazail, Jordi Amat (c), Hong Wan, Bergson da Silva, Feroz Baharudin, Juan Muñiz, Óscar Arribas, Heberty Fernandes, Arif Aiman

Substitutes

Farizal Marlias, Akhyar Rashid, Nazmi Faiz, Corbin-Ong, Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba, Daryl Sham, Takahiro Kunimoto, Syahmi Safari

Keputusan masa penuh Negeri Sembilan FC vs JDT (QF-1)

Keputusan perlawanan antara Negeri Sembilan vs JDT Piala Malaysia 2023 dalam saingan (QF-1) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : NEGERI SEMBILAN FC/ NSE (0) - (3) JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT
 Arif Aiman 20'
Bergson da Silva (P) 31', 90’+1

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.