Drama Riot! Rebel With A Cause (Astro Premier)

Azhafizah MN
By -
0

RIOT! REBEL WITH A CAUSE

Riot! Rebel With A Cause, drama siri premium Astro Originals terkini 10 episod bersiaran mulai 22 September 2023 setiap Jumaat jam 9:00 malam di saluran 410 Astro Premier dan Astro GO.

Strim episod baharu ‘Riot!’ awal menerusi On Demand pada setiap jam 12:00 tengah malam pada hari yang sama menerusi Astro Box dan Astro GO.

Drama Riot! Rebel With A Cause Astro Premier
sumber : Astro 

Saluran Astro Premier percuma untuk semua pelanggan Astro mulai 18 September 2023 sehingga 1 Februari 2024. 

Drama Riot! diarahkan oleh Shamyl Othman terbitan Astro Shaw ini ditulis oleh panel penulis berpengalaman termasuk Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar dan Anwar Hadi.

PELAKON DAN WATAK

Drama ini menampilkan barisan pelakon utamanya Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki, Tami Anadan dan Aniq Durar.

Turut menjayakan drama ini pelakon hebat Sarimah Ibrahim, Rashidi Ishak, Iedil Dzuhrie Alaudin, Amanda Ang, Uyaina Arshad, Sue Tan, Nasir Alaydrus, Megat Adli, Rahim Omar, Dee Dee A’iene, Nia Atasha dan ramai lagi.

  • Nelissa Nizam sebagai Sal
  • Mia Sara Shauki sebagai Feeqi
  • Tami Anadan sebagai Kristy
  • Aniq Durar sebagai Wid
  • Nia Atasha sebagai Tita

SINOPSIS RIOT!

Menceritakan kisah fiksyen sebuah band, Langkah Mayat yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. 

Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.

Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar. 

Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa.

LAGU TEMA (OST) RIOT! 

Lagu : Langkah Mayatku Dulu

Antara Lagu-lagu runut bunyi ‘Riot!’ yang dipaparkan adalah 'Kurang Ajar’, ‘Hidup Hidup’, ‘Ini Masa Kita’, ‘Kita Semua’ dan ‘Sandiwara’.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)