SEPAHTU REUNION LIVE TOUR 2023 JOHOR BAHRU

Azhafizah MN
By -
2
Sepahtu Reunion Live 2023 sekali lagi akan mengadakan Tour di Johor Bahru selama dua hari pada 6 dan 13 Oktober bertempat di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru jam 8:00 malam yang membawa pelbagai sketsa dan lakonan spontan tetapi padat dengan pengajaran berdasarkan isu-isu semasa.

Terpaling dinantikan watak Tapan yang sentiasa menghiburkan para penonton dan peminat Sepahtu Reunion. 

SEPAHTU REUNION LIVE TOUR 2023 JOHOR BAHRU

Kumpulan Sepahtu yang terdiri daripada Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi selepas mendapat sambutan yang hangat pada tahun lalu.

Astro menyambung penjelajahan ini buat kali kedua bersama-sama dengan warga Johor Bahru. Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus bakal membawa gelagat-gelagat mereka dalam variasi sketsa dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk meluangkan masa bersama para peminat serta sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.

SEPAHTU REUNION LIVE TOUR 2023 JOHOR BAHRU

Tarikh : 6 dan 13 Oktober 2023
Lokasi : Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru
Waktu : 8:00 malam
Siaran TV : Astro Warna (CH107)

Elemen istimewa yang digemari para penonton menerusi penjelajahan ini adalah konsep interaktif yang dibawa dengan mengadakan sesi bersama para penonton seperti membalas pickupline atau menyertai persembahan mereka, selain menampilkan rakan-rakan selebriti popular dan tetamu undangan misteri (cameo) yang akan membuat kemunculan dalam sketsa mereka.

Siaran Langsung Sepahtu Reunion Live Tour 2023 Johor Bahru

Persembahan penjelajahan Sepahtu Reunion Live Tour 2023 akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 107) pada hari dan waktu yang sama.

The Best Audience OOTD berbakat akan menyertai Sepahtu Reunion Live Tour 2023

Aktiviti kemuncak yang dikekalkan daripada penjelajahan pertama adalah pemilihan pakaian mengikut tema paling menarik di kalangan penonton yang hadir iaitu dalam The Best Audience OOTD serta pencarian penonton yang paling berbakat untuk menyertai mereka di atas pentas.

Cara dapatkan tiket Sepahtu Reunion Tour 2023

Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara LIVE di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my 

Harga tiket Sepahtu Reunion Tour 2023

Zone 1 : Harga RM250
Zone 1 : RM100
Zone 1 : RM100
Zone 1 : RM80
Zone 1 : RM40

SEPAHTU REUNION LIVE TOUR 2023 JOHOR BAHRU
sumber : ticket2u

Bagi pembelian tiket di Zone 1, akan mendapat hadiah eksklusif Sepahtu Reunion Live Tour iaitu Payung Ekslusif dan woven bag.

Tiket PERCUMA untuk pelanggan Astro

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh melanggan masuk menerusi aplikasi My Astro untuk menebus tiket secara percuma. Tiket adalah terhad kepada lima (5) tiket bagi setiap akaun.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment