Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu (TV9)

Azhafizah MN
By -
4
Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu bersiaran pada 1 September 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di Slot di Skrin TV9 lakonan Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako dan Allahyarham Ridzuan Hashim.

Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu TV9

TELEFILEM ANAK MAT SALLEH TAPI MELAYU

Idea asal telefilem ini oleh Afiza Kamarulzaman, nukilan skrip daripada  Sofia J. Rhyland. Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu ini merupakan telefilem ulang siaran istimewa sempena Hari Kebangsaan arahan Nizam Zakaria terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd.

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS ANAK MAT SALLEH TAPI MELAYU

Anak Mat Salleh Tapi Melayu dibintangi oleh Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Ridzuan Hashim, Zarina Zainuddin, Yusof Hashim, Aznah Hamid, Sasa DFKL, Fahad Iman, Sean Lee, Bob Yusof dan ramai lagi

  • Diana Danielle sebagai Amelia
  • Amelia Henderson sebagai Mary
  • Jelita Kako sebagai Jane
  • Ridzuan Hashim sebagai Datuk Borhan
  • Zarina Zainuddin sebagai Kak Rose
  • Aznah Hamid sebagai Tok Mah
  • Sasa DFKL sebagai Bella
  • Fahad Iman sebagai Reza
  • Sean Lee sebagai Chong
  • Bob Yusof sebagai Cokcop
  • Yusof Hashim

Telefilem ini mengisahkan tentang tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris iaitu Amelia, Mary dan Jane yang membesar di luar negara dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia. 

Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu TV9

Datuk Borhan, bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Ketibaan Nek Mah disambut dingin oleh mereka. Sejak mereka tinggal bersama Nek Mah, pelbagai perkara baharu yang mereka pelajari.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment