Gadgets

Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Terbaik - Semestinya Hybrid Sunscreen Aloe Vera Yang Mesra Wuduk Berikut

Dulu saya selalu tertanya-tanya, perlu ke pakai sunscreen bila duduk dalam rumah? Jawapannya, perlu! Kenapa kena pakai sunscreen walaupun duduk dalam rumah je pun. Duduk dalam rumah pun cahaya masih dapat menembusi masuk ke dalam rumah melalui tingkap atau ruang terbuka dalam rumah. 

Jadi, tetaplah kena pakai sunscreen. Jangan malas! Kalau nak kulit terjaga cantik, silalah pakai ye. Itulah krim siang terbaik untuk kulit kita selain pelembap. Kalau berada di luar, lagilah perlu pakai sunscreen. Sure tak sanggup nak tengok kulit sunburn yang terkena panahan cahaya matahari.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Kesan tidak memakai sunscreen yang kita akan nampak dalam jangka masa pendek, kulit terbakar (sunburn), kulit kusam dan kulit nampak gelap. Untuk jangka masa panjang pula kulit akan nampak berkedut, tidak anjal, tona tidak sekata. Ini juga menjawab persoalan kenapa kena pakai sunscreen.

Bila perlu pakai sunscreen? Satu lagi persoalan yang sering membuatkan kita keliru. Nak pakai sunscreen dulu atau day cream dulu? Baiklah, marilah kita sama-sama tambah ilmu tentang pemakaian sunscreen.

Kita tahu yang sunscreen ni ada pelbagai jenis di pasaran. Ada physical dan chemical sunscreen yang biasa kita gunakan. Yang kita tak tahu adalah untuk memilih sunscreen yang bagus dan sunscreen terbaik untuk kulit kita. Betul tak?

Tahu tak sekarang dah wujud hybrid sunscreen di pasaran? Apa itu hybrid sunscreen? Sebelum tu, kita kenali dulu apa itu physical dan chemical sunscreen, saya ringkaskan di sini.

Apa itu physical dan chemical sunscreen?

Physical sunscreen (Block UV rays)

Dikenali juga sebagai sunblock. Bahan utamanya ialah titanium dioxide or zinc oxide dan fungsinya untuk Block UV rays. Dia akan kekal dipermukaan kulit (tidak meresap kedalam kulit) dan memantulkan cahaya matahari. Memang block terus lah cerita dia.

Chemical sunscreen (Filter UV rays)

Kebiasaanya jenis chemical sunscreen ini akan mengandungi Oxybenzone Octinoxate, Octisalatea atau Avobenzone. Chemical sunscreen fungsi menapis sinaran UV rays dengan create chemical reaction iaitu menukarkan sinaran UV kepada haba (heat) dan melepaskan haba itu daripada kulit. Jadi, sinaran UV tidak dapat menyerap masuk kedalam kulit.

Kedua-dua jenis sunscreen ini mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Tetapi dengan hadirnya hybrid sunscreen ni dapat menutup kelemahan yang ada pada physical dan chemical sunscreen. 

Apa itu hybrid sunscreen

Hybrid sunscreen, krim perlindungan matahari yang menggabungkan physical dan chemical yang memberikan kesan yang lebih bagus dan terbaik. Kiranya hybrid sunscreen ni adalah gabungan kedua-dua jenis sunscreen bergabung menjadi sunscreen terbaik. 

Kesimpulannya, hybrid sunscreen lebih bagus daripada physical dan chemical sunscreen. Rujuk dalam gambarajah di bawah untuk lebih mudah faham perbezaan ketiga-tiga jenis sunscreen.

Apa itu physical dan chemical sunscreen dan hybrid sunscreen
sumber : unicare

Hybrid sunscreen Malaysia 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen merupakan hybrid sunscreen Malaysia terbaik yang pernah saya gunakan, sunscreen untuk semua jenis kulit. Aloe Vera Sunscreen yang tidak berminyak. Jadi, sunscreen untuk kulit berminyak pun boleh.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Sunscreen yang bagus kena pilih yang boleh melindungi kulit daripada kedua-dua radiasi (UVA & UVB). Untuk perlindungan UVA, perlu pilih PA+++ supaya dapat melindungi kulit daripada berkedut dan pigmentasi. Untuk perlindungan dari UVB, yang terbaik pakai sunscreen spf 50 supaya kulit tak terbakar. 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Sedikit nota tentang perbezaan UVA dan UVB, boleh baca jika nak tahu lebih lanjut tentang UVA dan UVB.
UVA : sinar UV yang paling banyak menimbulkan radiasi iaitu 95% dari sinar ultraviolet yang masuk kedalam atmosfera bumi. Sinar UVA ni lah antara penyumbang utama kepada kerosakan kulit dan menjadi sebahagian besar penyebab terjadinya kanser kulit. UVA ni biasanya menyebabkan masalah kulit dari dalaman antaranya penuaan, berkedut dan kusam.

UVB pulak penyebab kulit kita kemerahan dan terbakar sebab ianya cuma menyerang lapisan luar kulit sahaja . Sunburn tu jadi disebabkan tak lindung kulit daripada sinaran UVB lah . UVB ni jadi lebih agresif dan cenderung untuk merosakkan kulit. Jadi, kalau nak keluar rumah pastikan pakai sunblock yang ada kedua perlindungan UVA dan UVB ya. UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka. 

Jadi, Hansaegee Nature Aloe vera Sunscreen ni memiliki ciri-ciri sunscreen yang bagus sebagai krim siang terbaik. Mempunyai sunscreen spf 50, spf yang bagus untuk wajah. Tahu tak sebenarnya kita kena pakai sunscreen yang sekurang-kurangnya mempunyai spf 30. Sunscreen spf 50 ni dah kira tahap sangat bagus lah kan.

Selain tu ia mengandungi bahan asas aloe vera yang sememangnya sejenis tanaman yang cukup sinonim untuk merawat luka, sunburn dan melembapkan kulit muka.

Aloe vera kaya dengan kandungan air serta pelbagai mineral yang menjadikannya sebagai bahan yang sesuai bagi mencegah keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe vera banyak manfaatnya untuk kulit. Tak percaya? Silalah cari dalam google ye. 

Sunscreen pakai waktu bila? Ini cara pakai sunscreen

Dah jumpa sunscreen yang bagus, kenalah tahu pula sunscreen pakai waktu bila dan cara pakai sunscreen yang betul. Dan bila masa pula kena reapply sunscreen.

Waktu pakai sunscreen pada waktu siang sebelum keluar rumah, sebelum keluarnya cahaya matahari. Maknanya lepas mandi dan solat subuh tu bolehlah mula pakai sunscreen. 

Kalau tak kemana-mana pun, pakai je sunscreen sebab dalam rumah juga kita terdedah dengan sinaran cahaya biru (blue light) dari skrin TV, komputer dan handphone selain sinaran UV yang memasuki dalam ruang rumah.

Bila perlu reaaply sunscreen

Apa yang saya baca dan faham, sekiranya melakukan aktiviti luar sebaiknya reapply sunscreen setiap 2-3 jam seperti yang disarankan. Sebabnya bila kita melakukan aktiviti luar ni kita akan mudah berpeluh dan lapisan sunscreen akan hilang dan kurang berkesan. Sebab tu kena reapply setiap 2-3jam macam tu.

Dalam rumah tidak perlu reapply sunscreen sekerap seperti berada di luar. Tapi tetap juga perlu reapply mengikut keperluan dan kekerapan terdedah kepada cahaya.

Untuk reapply sunscreen, boleh terus sapukan sunscreen baru tanpa perlu basuh kulit muka. Sebab tu kena cari sunscreen terbaik yang selesa dan sesuai untuk kulit kita. Boleh juga cuci muka terlebih dahulu dan pakai semula sunscreen.

Cara pakai suncreen

Seringkali menjadi persoalan nak pakai sunscreen dulu atau day cream? Jangan pening-pening lagi okay. Selepas cuci muka, pakai pelembap (day cream) dan lepas tu barulah pakai sunscreen. Ingat tu!

Aturan pemakaian sunscreen

1. Pencuci muka
2. Toner *pilihan
3. Essense/ Serum *pilihan
4. Pelembap (day cream)
5. Sunscreen

Sukatan sunscreen yang betul

Sukatan sunscreen yang mengikut standard adalah sebanyak 2 ruas jari untuk sapuan seluruh wajah. Nak reapply sunscreen pun guna sukatan yang sama juga. Mudah je bukan? Kadang benda macam ni lah kita ambil mudah. Padahal penting. 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Pengalaman pakai sunscreen Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Sunscreen aloe vera

Saya tertarik dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni sebab lain dari yang lain jika dibandingkan dengan sunscreen/ sunblock yang pernah saya guna. Dari pengalaman saya, belum pernah lagi nampak sunscreen berasaskan aloe vera di pasaran. Mungkin ada tapi saya tak pernah guna.

Produk yang berasaskan aloe vera boleh mengurangkan keradangan dan melembapkan kulit. Jadi, sangat sesuailah untuk jenis kulit saya, jenis kulit kombinasi iaitu jenis kulit berminyak dan kulit kering.

Yang bagusnya, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen untuk semua jenis kulit dan sunscreen untuk kulit berminyak macam saya.


Sunscreen spf 50

Tambah pula, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni sejenis hybrid sunscreen yang mengandungi spf yang bagus untuk wajah. Lagilah saya suka dapat pakej sunscreen yang bagus!. Didatangkan dengan saiz yang kecil mudah masuk hand bag untuk dibawa kemana sahaja. Tak boleh tinggal.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Satu peluang yang baik untuk mencuba Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen sebab teksturnya yang ringan, tidak berminyak dan selesa selepas disapu pada kulit wajah. Tekstur ringan ni memang best lah pakai. Nak reapply pun tak gaduh. Kann...

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Paling pentingnya, sunscreen yang tidak berminyak. Rimas tau kalau jenis berminyak. 

Tiada white cast

Biasanya kalau beli sunscreen, mesti ada yang tak suka jenis sunscreen yang meninggalkan white cast. Betul tak? Bila bergambar masa muka tengah berpeluh, mesti nampak tompok tompok putih pada muka dalam gambar. Tak suka betul lah.

Ketahuilah bahawasanya Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni adalah sejenis sunscreen yang tidak meninggalkan white cast. Ye, betul! Muka pun nampak natural walaupun pakai sunscreen. Kadang kita ni malas pakai sunscreen sebab ada white cast ni lah.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Mesra Wuduk, sunscreen yang boleh basuh dengan air

Terpaling saya suka, sunscreen ni mesra wuduk! Ye, mesra wuduk sebab ia sejenis sunscreen yang boleh basuh dengan air je. Mudah dan cepat process untuk kita ambil wuduk dan solat bila berada di luar.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Walaupun basuh dengan air sahaja, kulit tak rasa melekit dan bersih. Muka pun rasa ringan dan segar. Bagi jenis kulit berminyak tu tak perlu risau sebab tidak akan meninggalkan kesan berminyak atau tersumbat. Best bukan?

Seandainya tengah mencari sunscreen yang tidak meninggalkan white cast, silalah cuba pakai Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen. 

Bukan sekadar melindungi kulit, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen juga bertindak sebagai pelembap dan sesuai digunakan untuk asas makeup. 

Nak berlamaan di luar pun tak risau sebab kulit terjaga dengan pemakaian sunscreen. No more sunburn!

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Sejenis Hybrid Sunscreen Malaysia Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Oh ya, selain sesuai untuk semua jenis kulit. Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen juga sesuai untuk jenis kulit sensitif.

Okay itu sahaja kisah pengalaman pakai sunscreen Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen. Harap dapat membantu.

Untuk maklumat lanjut  tentang Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, rujuk maklumat di bawah ye.

4 comments:

  1. Sejak tahu pentingnya susncreen, saya tak pernah mau skip pakai ini kalo keluar kak. Harus pakai

    Tapi dari 3 macam jenis tu, saya paling suka chemical atau hybrid. Physical tak nak samasekali, betul betul bikin whitecast 🤣. Terasa berat di wajah.

    Tak tahulah brand hansaegee ini masuk Indonesia atau tak, nanti saya cari. Brand yg saya pakai Skr ada beberapa. Azarine kalo di dalam rumah, karena dia murah tapi bagus, dan kalo keluar rumah L'oreal uv defense. 2-2 nya yg paling nyaman buat saya.

    Kemarin di Penang, sedang hot sangaaaat, saya selaku pakai yg L'Oreal, dan kulit wajah tak terbakar samasekali. Jadi okelah. Yg penting cocok saja di kulit kita kan. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kalau tak skip. Paling penting sesuai dengan kulit kita dan selesa di pakai. Jenis phyical berat memang tak selesa lah pakai. Produk ni boleh beli online kalau nak cuba.

      Delete
  2. Rasanya kalau pakai sunscreen dalam rumah, hasilnya lagi lebih baik sebab sudah terlindung juga dari sinar matahari. Sudah tentu kulit tambah cantik dan awet muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, begitulah. Kena konsisten, baru dapat hasil yang lebih baik.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.