Telefilem Hassan Turbo (TV3)

Azhafizah MN
By -
4

TELEFILEM HASSAN TURBO

Tonton Telefilem Hassan Turbo (2019) ulang siaran pada 16 September 2023, hari Sabtu jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem ini diarahkan oleh Sabri Yunus terbitan Balang Rimbun Sdn. Bhd. menampilkan pelakon Pekin Ibrahim, Saidi Sabri, Issey Fazlisham dan ramai lagi.

Telefilem Hassan Turbo TV3

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Engku Sulwani, Laila Nasir, Ungku Hanafi, Afifah Nasir, Ladin Nuawi dan ramai lagi.
  • Pekin Ibrahim sebagai Hassan

SINOPSIS HASSAN TURBO

Hassan Turbo diminta menjejaki Duan Betis Besi kerana melarikan anak Tok Guru Muay Thai mereka., Salmi. Duan berbuat demikian kerana berdendam dengan Hassan dan Tok Guru kerana menyebabkan kekalahannya dalam perlawanan Muay Thai.

Salmi pada awalnya menyukai Duan namun setelah mengetahui sikap sebenar Duan dia mula tawar hati. Hassan berjaya menjejaki Duan di Kuala Lumpur. Sebaliknya Duan membuat pertaruhan jika ingin dapatkan semula Salmi, mereka perlu bertarung semula dan Salmi akan dijadikan sebagai ‘hadiah'.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Apabila sudah jarang menonton drama/ filem memang susah hendak membayangkan para pelakon yang semakin ramai muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Amie. Cerita ulang siaran ni dapatlah tengok pelakon lama berlakon masa zaman kegemilangan mereka.

      Delete
Post a Comment