Telefilem Din Sardin (TV9)

Azhafizah MN
By -
0

DIN SARDIN

Telefilem Din Sardin ulang siaran pada 15 September 2023, jam 8:30 malam di slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton lakonan utama Izzue Islam dan Mira Filzah.

Telefilem Din Sardin TV9

Din Sardin merupakan telefilem arahan Nuad Hj Othman, skrip ditulis oleh MF Kenchana dan diterbitkan oleh syarikat produksi MacheAllStar United Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Izzue Islam, Mira Filzah, Amir Raja Lawak, Nina Baharum, Kazar Saisi, Delimawati dan ramai lagi.
  • Izzue Islam sebagai Din Sardin
  • Mira Filzah sebagai Che Ta
  • Amir Raja Lawak sebagai Man
  • Nina Baharum sebagai Murni
  • Kazar Saisi sebagai Abu
  • Delimawati sebagai Mak Limah

SINOPSIS DIN SARDIN

Kisah mengenai seorang pemuda yang dipanggil Din Sardin dikalangan rakan-rakannya dan orang kampung. Din merupakan seorang mat rempit yang menganggur dan suka menimbulkan masalah. 

Namun, kehidupannya mula berubah setelah disaman oleh seorang pegawai wanita JPJ yang dipanggil Che Ta. Din telah berkenalan dan jatuh hati dengan Che Ta. Walaupun Din menyedari bahawa Che Ta sudah bertunang, namun dia tidak berputus asa untuk mendapatkan cinta Che Ta. 

Din mula berubah perangai kearah yang lebih positif. Dia mula bekerja sebagai pegawai keselamatan dan menjadi sukarelawan kepada JPJ.
 
Setelah itu, Din dapat tawaran interviu sebagai pegawai JPJ. Din berjuang habis-habisan untuk berjaya sebagai pegawai JPJ bagi membuktikan bahawa dirinya mampu berubah kearah yang lebih baik dan positif. Tentunya, matlamat utamanya juga adalah untuk memenangi hati Che Ta.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)