Telefilem Kau Langit Aku Laut (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Kau Langit Aku Laut bersiaran pada 30 September 2023, jam 9:00 malam di slot Cerekarama TV3 dan online di Tonton lakonan Izzue Islam dan Azira Shafinaz selaku pelakon utamanya.

KAU LANGIT AKU LAUT

Telefilem Kau Langit Aku Laut, telefilem ulang siaran Slot Cerekarama TV3 tahun 2019 yang diarahkan oleh Feroz Kader terbitan FJ Pictures Sdn. Bhd. dan nukilan skrip dari Mahizan Husain.

Telefilem Kau Langit Aku Laut (TV3)

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka, Jay Iswazir dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Anas
  • Azira Shafinaz sebagai April
  • Aman Graseka sebagai Tuan bahrin

SINOPSIS KAU LANGIT AKU LAUT

Kau Langit Aku Laut mengisahkan tentang Anas, seorang bekas ketua gangster. Dia telah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan merompak. 

Setelah dibebaskan, Anas masih dicari oleh saki baki gengnya yang masih mahu Anas kembali menjadi ketua mereka. Mereka sedang merancang rompakan yang lebih besar. 

Anas tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya, Tuan Bahrin di sebuah kampung nelayan. Di situ, Anas ingin memulakan hidup baru.

Penjara telah membuatkan Anas memikirkan semula tentang masa mudanya yang selama ini banyak dihabiskan di jalan kejahatan. Anas begitu kesal mengingati segala pengorbanan ibunya yang bersusah payah membesarkannya sebagai ibu tunggal dan kemudian maut dalam kemalangan. 

Anas sedih kerana dia tak pernah membuatkan ibunya bahagia. Anas nekad untuk berubah. Pakciknya menerima Anas dengan baik. Anas ikut pak ciknya ke laut dan belajar menjadi nelayan.

Namun beliau terus dihantui masa silamnya yang mempengaruhi persahabatannya dengan April, anak kepada pakciknya, Tuan Bahrin.

Dapatkah Anas melindungi April daripada cengkaman bekas anggota gengnya dan membuka lembaran yang baharu?

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)