Drama Luruhnya Bunga Cinta (TV3), Adaptasi Drama Korea Autumn In My Heart

Azhafizah MN
By -
0
Luruhnya Bunga Cinta, drama terbaharu di slot Akasia TV3 bersiaran mulai 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7:00 malam dan tonton online di Tonton. 

Drama Luruhnya Bunga Cinta TV3 Adaptasi Drama Korea Autumn In My Heart
sumber : Drama Sangat

DRAMA LURUHNYA BUNGA CINTA

Drama Luruhnya Bunga Cinta 40 episod lakonan Redza Rosli, Nabila Razali dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama merupakan drama adaptasi Drama popular Korea Autumn In My Heart lakonan Won Bin, Song Hye-Kyo, Song Seung-Heon, Moon Geun-Young dan ramai lagi.

Tracie Sinidol adalah Juara Dewi Remaja 2022 yang wajahnya ada iras-iras pelakon Mira Filzah. Jangan kata Mira Filzah buka tudung pula ya. Opening Montage Drama Luruhnya Bunga Cinta ini, lokasi penggambarannya di sekitar Cameron Highland Floral Park.

Drama Luruhnya Bunga Cinta TV3 Adaptasi Drama Korea Autumn In My Heart

Skrip ditulis oleh Intan Zarina Mohd Yasin, drama ini diarahkan oleh pengarah Muhamad Riza Baharudin yang juga merupakan pengarah drama Aku Yang Kau Sakiti dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta dibarisi oleh Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, Auni Yusri, Iman Suhana, Bella Luna, Aniq Durar, Shah Rezza, Laila Nasir, Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Watie Sadali, Raja Azmi, Hafiz Halim dan ramai lagi.
  • Redza Rosli sebagai Nuh
  • Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya
  • Nabila Razali sebagai Sarah
  • Auni Yusri sebagai Aara
  • Iman Suhana sebagai Khalsom
  • Bella Luna sebagai Aleen
  • Aniq Durar sebagai Awal

Drama Luruhnya Bunga Cinta TV3 Adaptasi Drama Korea Autumn In My Heart

SINOPSIS LURUHNYA BUNGA CINTA

Luruhnya Bunga Cinta, kisahnya bermula ketika zaman kanak-kanak dua beradik yang bernama Nuh dan Nuha. Nuha adalah seorang pelajar perempuan yang disenangi oleh rakan-rakannya. 

Namun, perkara ini menjadi punca cemburu buat musuhnya, Aara. Aara adalah seorang yang bijak tetapi aura Nuha telah menyebabkan dia tidak mendapat perhatian daripada guru dan rakan-rakan sekelasnya.

Tatkala Nuha memerlukan rawatan perubatan, sebuah rahsia terbongkat. Nuha sebenarnya bukanlah anak kandung kepada keluarga Nuh. Sebaliknya, dia adalah anak kandung kepada keluarga Aara dan Aara adalah anak kandung kepada keluarga Nuh. Hal pertukaran bayi yang berlaku pada masa lalu itu juga telah diketahui oleh Aara.

Kedua-dua gadis ini telah pulang semula kepada keluarga kandung masing-masing. Kejadian ini telah mencetuskan perubahan situasi di sekolah Aara mula mendapat perhatian yang diidamkannya di sekolah. Nuha pula telah menjadi pelajar yang dibenci. 

Konflik antara mereka berdua terus berpanjangan walau sedekad kemudian. Apakah mereka akan kekal bersengketa?

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)