Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Final Pestabola Merdeka 2023

Perlawanan akhir antara Malaysia vs Tajikistan dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober 2023, jam 9:00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pestabola Merdeka 2023 live TV di Astro Arena Bola (CH803) dan tiada live di RTM. 

baca juga
Jadual, Tiket Dan Keputusan Perlawanan Pestabola Merdeka 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Final Pestabola Merdeka 2023
sumber : FAM

Kemenangan pasukan Malaysia menentang India pada 13 Oktober yang lalu membawa Skuad Harimau Malaya berjaya melangkah ke pentas Final Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42 menentang pasukan Tajikistan. Tahniah Harimau Malaya!

FAM telah mengesahkan bahawa Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2023 antara Malaysia dengan Tajikistan KEKAL diadakan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). 

FAM juga tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan stadium lain walaupun TMJ telah menawarkan untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Final Pestabola Merdeka 2023
sumber : FAM

Pertembungan ini bukanlah pertama kali untuk kedua-dua pasukan. Sebelum ini pasukan Malaysia kendalian ketua jurulatih Kim Pan Gon pernah ditewaskan oleh pasukan Tajikistan pada perlawanan akhir Kejohanan King's Cup (48th King's Cup 2022) di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand tahun lalu, 2022.

Pada perlawanan tersebut, pasukan Tajikistan menang penentuan sepakan penalti 3-0 sekaligus menyebabkan pasukan Malaysia sebagai Naib Juara.

Berdasarkan ranking dunia FIFA, Pasukan Tajikan berada di 110. Manakala pasukan Malaysia berada di kedudukan ke 134 Dunia.

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Final Pestabola Merdeka 2023
sumber : MFL

Dengan kekalahan lalu menentang Tajikistan, sudah tentu skuad Harimau Malaya akan bangkit bagi menebus kekalahan tersebut. Walaupun kedudukan dua pasukan ini jauh beza, tidak mungkin mematahkan semangat anak buah Kim Pan Gon. 

Skuad Harimau Malaya mampu untuk menewaskan pasukan di ranking atas. Ini telah dibuktikan oleh Skuad Harimau Malaya dimana mereka telah berjaya menewaskan pasukan India yang berada di 104 ranking dunia.
 

Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan Final Pestabola Merdeka 2023

Penyokong Harimau Malaya boleh menyaksikan perlawanan Malaysia vs Tajikistan secara siaran langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur menerusi saluran 803 Astro Arena Bola, Astro GO dan online di platform Sooka. 

Pra rancangan akan bermula pada jam 8:30 malam dan sepak mula pada jam 9:00 malam.

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Waktu siaran : Selasa, 17 Oktober 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Tonton secara online menerusi platform Sooka dengan langganan pas perlawanan berharga RM12.90.

Selain itu, penyokong juga boleh menonton siaran langsung live streaming Malaysia vs Tajikistan secara percuma di beberapa lokasi tayangan skrin besar seluruh Malaysia.


Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Malaysia vs Tajikistan pada 13 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur boleh didapati menerusi tickethotline.com.my. Tiada penjualan tiket fizikal di Stadium.

Setiap akaun pengguna boleh membeli sehingga maksimum 8 keping tiket. 

Perkhidmatan LRT Bukit Jalil dilanjutkan sempena Final Pestabola Merdeka 2023

Operasi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan pada 17 Oktober 2023 sehingga jam 12.30 tengah malam. Tren tambahan juga akan disediakan sejurus tamat perlawanan. Gunakan kad TnG untuk memudahkan perjalanan dan pastikan baki dalam kad mengcukupi.

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Final Pestabola Merdeka 2023
sumber : RapidKL

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara Malaysia vs Tajikistan dalam saingan Final/ Akhir Pestabola Merdeka 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : MALAYSIA/ MAS (0) - (2) TAJIKISTAN/ TJK
 Rustam Soirov 44'
 Shahrom Samiev 88'

Ayuh semua "Ekor Harimau" penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil berikan sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Tajikistan di pentas Final Pestabola Merdeka 2023. 

Semoga trofi keramat ini dapat dimiliki oleh pasukan Malaysia di gelanggang keramat Stadium Bukit Jalil ini.

2 comments:

  1. Ole.. ole ole ole.. Harap Harimau Malaya tidak mengecewakan malam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki Harimau Malaya malam tadi jadi juara. Naib juara pun satu kemenangan juga. Apa-apa pun tahniah buat skuad Harimau Malaya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.