Drama From Saga With Love (Viu)

Azhafizah MN
By -
4

FROM SAGA WITH LOVE

Drama From Saga With Love, drama siri Viu Original terbaru bersiaran di platform penstriman Viu mulai 21 September 2023.

From Saga With Love, sebuah drama romantik komedi (rom-com) dibintangi oleh Ikmal Amry, Sophia AlBarakbah, Fimie Don dan Siti Khadijah Halim sebagai pelakon utamanya.

Drama From Saga With Love Viu
sumber : Viu

Drama ini diarahkan oleh Umie Salwana Omar terbitan syarikat produksi Red Communications.

PELAKON DAN WATAK

Drama From Saga With Love dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry, Fimie Don dan ramai lagi.
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bianca Rozario
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma

SINOPSIS FROM SAGA WITH LOVE

Karma, seorang pempengaruh media sosial yang bercita-cita tinggi telah mengambil tugasan untuk menjadi jurubahasa kepada pelakon popular, Bianca Rozario semasa di Jepun. 

Karma perlu melakukan apa saja demi mempertahankan kerjanya termasuk melaksanakan tugasan rahsia daripada ibu Bianca, Kathy yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca. 

Jalan cerita romantik komedi ini mula menjadi rumit apabila juruvideo kepada Bianca, Bob dan juga Sham, seorang pemuda pendiam dari Malaysia yang menetap di Jepun muncul.

LAGU TEMA (OST) FROM SAGA WITH LOVE

Tajuk lagu : Cin-Ta
Penyanyi : Amir Jahari

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Saya langsung buka viu dan save movie ini. Nak nonton esok Minggu. Beberapa kali lihat movie Malaysia di viu jadi suka. Apalagi terkadang komedi pula. Ada juga yg horor, tapi saya nontonnya kalo ada suami, tak berani kalo sendiri 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama komedi ni best juga tengok, tengok santai santai.

      Delete
Post a Comment