Header Ads

Puding Roti Dan Sos Kastard Melimpah


Agak lama jugalah tak makan puding roti dan sos kastard. Nampak ada orang jual, laju je kita membeli tanpa banyak soal. Dulu rajinlah membuat puding roti bersama sos kastard ni. Sekarang kemalasan tu menebal macam lemak yang menebal. Kemanakah perginya rajin itu?

baca juga
resipi puding roti sos kastard

Kalau rajin bolehlah membelek semula resipi dahulu kala. Puding roti yang saya beli ni sedap betul. Dia punya topping ada bermacam-macam jenis. Ada kismis, kepingan kacang badam, chocolate chips dan hirisan buah cherry hijau dan merah.

Puding Roti Dan Sos Kastard Melimpah

Tekstur puding roti yang lembut walaupun tak tebal sangat. Sos kastard dia sebenarnya pekat tapi disebabkan saya simpan dalam peti ais dulu. Lepas tu lupa nak goncang, terus tuang atas potongan puding roti, nampak cair sikit jadinya. Sebenarnya pekat je kuah sos kastard dia. 

Satu bekas ni RM8, saya potong empat. Dapatlah makan 2 potong seorang. Bolehlah buat rasa-rasa dah lama tak makan puding roti dan sos kastard kan. Harga seiring sekata dengan isi dan rasa dia. Dah 2 kali repeat jugalah membeli.

Puding Roti Dan Sos Kastard Melimpah

Beli di kedai yang sama jual kaswi pandan gedik viral tu, Crush Cake Dessert.


16 comments:

  1. Sedapnyaaa!!! ๐Ÿ˜ Favourite saya!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah Cuya dah makan puding ni masa kat hotel haritu... tkde la kempunan tgk gmbr akk ni...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Mujurlah dah makan kan. Kalau tidak terasa rasa nak makan.

      Delete
  3. Sama, dulu² rajin buat puding roti sos kastard ni. Tak tahu kenapa skrg jadik malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tulah pasalnya. Kenapa tiba tiba jadi pemalas nak buat. Sebab sekarang senang beli je kan. hihi...

      Delete
  4. sedap nyaaaa!!! tapi ada setengah tmpt keras sangat puding roti nya tu.

    ReplyDelete
  5. Sedap sangat ni puding roti sos kastard banjir!

    ReplyDelete
  6. Untunglah Fiza dapat rasa semua pencuci mulut yang sedap.
    Sos kalau sejuk memang sedap. Makan memang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat membeli makanan yang sedap. Bagus yang membuat pun, buat dengan sedap. Puas makan sebab sosnya banyak melimpah. Sesuailah dengan portion nya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.