Gadgets

Siaran Langsung JDT vs KAWASAKI FRONTALE Live Streaming Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024

Johor Darul Ta'zim (JDT) akan beraksi dalam saingan ACL 2023/2024, Liga Juara-Juara AFC. ACL ini merupakan Edisi ke-21 dan AFC edisi ke-19 yang dijangkakan bermula pada bulan September sehingga bulan Mei 2024.

baca juga

Siaran Langsung JDT vs KAWASAKI FRONTALE Live Streaming Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT akan melayani kunjungan pasukan Kawasaki Frontale bagi aksi pembukaan Kumpulan l yang dijadualkan pada 19 September 2023, hari Selasa jam 8:00 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

JDT vs KAWASAKI FRONTALE Live Streaming

Penyokong JDT di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara JDT vs Kawasaki Frontale secara lansung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 7:30 malam.

Tempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Waktu siaran : Selasa, 19 September 2023, jam 8:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Pada hari yang sama juga berlangsung perlawanan antara pasukan Ulsan Hyundai vs BG Pathum United pada jam 5:30 petang di saluran 802, Astro Arena 2 HD.

AFC Champions League (CL) 2023/24

Skuad Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan I bersama dengan pasukan Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan kelab Thailan, BG Pathum United.

Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT akan memulakan kempen ACL 2023/2024 menentang Kawasaki Frontale, sebuah  pasukan Jaguh Asia yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi ulangan seperti musim lalu berdepan dengan pasukan Harimau Selatan.

Ini bukanlah aksi pertama bagi kedua-dua pasukan. Pada edisi yang lalu, JDT dibawah kendalian jurulatih Benjamin Mora terpaksa akur dengan kekalahan di tangan tangan Kawasaki Frontale selepas tumpas dengan 5 gol.

Pada perlawanan kali ini sudah pasti Skuad Harimau Selatan dengan bimbingan Esteban Solari mahu menebus kekalahan lalu dan akan memberikan saingan yang hebat menentang Kawasaki Frontale.

Info Tiket Perlawanan JDT vs Kawasaki Frontale 19 September 2023

Tiket untuk perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kawasaki Frontale pada 19 September 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi laman rasmi jualan tiket : ticket.tickethotline.com.my pada 16 September mulai jam 2:00 petang.

JDT vs KAWASAKI FRONTALE Live Streaming
sumber : Johor Southern Tigers

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat (4) tiket dan tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas. Kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut. 

Keputusan masa penuh JDT vs Kawasaki Frontale

Keputusan perlawanan antara JDT vs Kawasaki Frontale dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (0) - (1) KAWASAKI FRONTALE/ KWF
 Marcinho 45'

2 comments:

  1. Replies
    1. Ye, takde rezeki JDT menang. Pencabar hebat, kalah tipis okay lagilah. Next game harap ada rezeki JDT menang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.