Gadgets

Fuji Autumn Matsuri, Festival Jepun Terbesar Di Encore Melaka

Kalau di Seremban ada LUNA Light Wonderland 2.0 terbesar Malaysia 2023 yang di iktiraf oleh Malaysia Book Of Record, di Melaka pula ada Festival Fuji Autumn Matsuri.

FUJI AUTUMN MATSURI

Berita baik buat peminat negara Jepun, Festival Fuji Autumn Matsuri iaitu Festival kebudayaan Jepun yang terbesar diadakan di Encore, Melaka bermula dari 13 September 2023 sehingga 8 oktober 2023. Festival Autumn Matsuri dibuka dari jam 3:00 petang hingga 11:00 malam.

Fuji Autumn Matsuri Festival Jepun Terbesar Di Melaka

FESTIVAL FUJI AUTUMN MATSURI
Tarikh : 13 September - 8 October 2023
Masa operasi : 3:00 petang - 11:00 malam
Lokasi : Encore Melaka

Harga tiket

RM 20 untuk hari minggu (Jumaat- Ahad)
RM 10 untuk hari biasa (Isnin - Selasa)

Remaja dan pelajar sekolah
RM 15 untuk hari minggu (Jumaat- Ahad)
RM 8 untuk hari biasa (Isnin - Selasa)

Diskaun separuh harga untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun, warga emas dan juga OKU.

Apa yang Menarik di Fuji Autumn Matsuri

4 Tema, 1 Minggu 1 Tema

Setiap minggu akan ada tema yang berlainan yang terbahagi kepada dua iaitu hari biasa dan hari minggu (Jumaat-Ahad).

Fuji Autumn Matsuri Festival Jepun Terbesar Di Melaka

Minggu 1 : Fuji Traditions (13 -17 September 2023)

  • Diabolo
  • Shibu dance
  • Japanese Traditional dance
  • Wakaido
  • Kabuki dance
  • Karate performance
  • International musical fireworks show

Minggu 2 : Special Highlights - Fuji modern (18 - 24 September 2023)

  • Jpop performances
  • Magic shoe
  • Fire Eaters performance
  • Singing performance - Hael Husaini
  • Dj session - DJ SZY dan DJ Hin
  • International musical fireworks show

Minggu 3 : Special Highlights - Fuji Mid-Autumn (25 September - 2 Oktober 2023)

  • Chinese traditional dances
  • Chinese orchestra performance
  • Singing performance by Diorlying
  • K-pop in Japan dance cover competition
  • Live band
  • International musical fireworks show

Minggu 4 : Special Highlights - Fuji Anime (3 - 8 Oktober 2023)

  • Cosplay SANKAI and cosplay Faito competition
  • Special performance - Rina Hime and Minri
  • Cosplay dance party - DJ Dexsoul
  • International musical fireworks show

6 zon bertemakan Jepun

Fuji Autumn Matsuri Festival Jepun Terbesar Di Melaka
  1. Japanese Street
  2. Garden
  3. Culture Street
  4. Bazaar
  5. Food Truck
  6. Dining Zone
Tumpuan utama sudah pastilah garden yang bakal menjadi instagrammable hotspot untuk OOTD. Ibarat ala-ala berada di taman sakura Jepun.

Pertunjukan bunga api ‘Jewels In The Sky’

Pengunjung akan disajikan dengan pertunjukan bunga api antarabangsa “Jewel In The Sky” yang akan berlangsung selama 10 hingga 15 minit dan akan diadakan pada hujung minggu.

Fuji Autumn Matsuri Festival Jepun Terbesar Di Melaka

Makanan dan barangan Jepun

Menariknya disini, pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan snek Jepun di kawasan Food Truck yang disediakan. 

Fuji Autumn Matsuri Festival Jepun Terbesar Di Melaka

Pada hujung minggu pula, terdapat bazaar yang menjual pelbagai barangan dari Jepun.

Acara lain

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik dari Guang Xi Acrobatic Troupe, Sheng Tai Expo dan juga festival muzik yang akan membariskan artis daripada Jepun.

sumber info & images : Fuji Autumn Matsuri, Lobak Merah

2 comments:

  1. Bestnya!
    Yang berkesempatan kunjung ke sini, bolehlah kenal dan faham lebih lanjut budaya Jepun.
    Tak dapat ke Jepun dapat datang ke sini pun jadilah. Tapi jauhlah sangat dari LD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kalau dapat singgah dan explore kan kak Amie. Teringin juga nak pergi tapi macam entah bila ada masa entah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.