Telefilem Auta (TV9)

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Auta bersiaran pada 29 September 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton. Auta, sebuah telefilem komedi Slot Cerekarama TV3 tahun 2016 ulang siaran lakonan lakonan Shukri Yahaya dan Nad Zainal.

Ulang siaran semula pada 7 Oktober 2023, Sabtu jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3 dan online di Tonton.

Telefilem Auta (TV9)

Telefilem ini diarahkan oleh pengarah Dato' Jurey Latiff Rosli terbitan syarikat produksi World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dan Idea asal dan juga skrip ditulis oleh Suzanna Zaily Zin.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Shukri Yahaya, Nad Zainal, Delimawati, Mubarak Majid, Balkisyh Semundur Khan, Rosli Rahman Adam, Zarina Md Nor, Da’i Hijrah dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Nizam
  • Nad Zainal sebagai Faridah
  • Delimawati sebagai Salmah (Ibu Faridah)
  • Mubarak Majid sebagai Sulaiman
  • Da’i Hijrah sebagai Ustaz Aziz

SINOPSIS

Mengisahkan mengenai, Nizam seorang pemuda yang malas bekerja telah jatuh hati pada Faridah. Walaupun pemalas dan tidak bekerja, Nizam seorang yang beragama, sering dilihat menghadiri ceramah dan beribadah di masjid.

Ibu Faridah, Salmah berharap Nizam dapat membantu mengubah sikap suaminya, Sulaiman yang malas solat. Awal perkahwinan, semuanya indah. Sejuk hati Salmah melihat anak menantunya solat berjemaah.

Telefilem Auta (TV9)

Tetapi, hari demi hari, bulan berganti bulan, Nizam masih belum mahu bekerja. Faridah malu kepada ibu-bapanya kerana suaminya itu tidak bertanggungjawab. Sulaiman sudah mula bising kerana dia perlu membayar semuanya kerana dia memang terkenal dengan sikap kedekut.

Nizam pula sering menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan pelbagai hadis sebagai alasan kerana dia malas bekerja. Makanya, Faridah berpakat dengan Salmah untuk mencari hadis juga bagi menyedarkan Nizam.

Banyaklah telatah lucu apabila Faridah dan Nizam berlawan-lawan hadis, hinggakan Faridah merajuk tidak benarkan Nizam masuk bilik pun menggunakan hadis juga.

Faridah turut meminta pertolongan Ustaz Aziz (Da’i Hijrah), imam muda di kampung mereka untuk menyedarkan Nizam kerana dia takut dikatakan derhaka pula jika berkata tidak baik kepada suami.

Sulaiman turut cuba menasihati menantunya itu dan memberi tanggungjawab untuk menjaga bengkelnya kepada Nizam, tetapi Nizam seperti tidak makan saman.

Sehinggalah satu hari Faridah dan ibunya, berpakat untuk berpura-pura terlibat dngan kemalangan untuk menyedarkan Nizam.

Nizam masih lagi dengan sikapnya membacakan hadis tentang qada' dan qadar tentang kejadian yang berlaku supaya Faridah redha menerima nasibnya, Faridah merasa kecewa kerana Nizam tetap tidak mahu berubah. Dia nekad untuk berpisah.

Adakah Nizam akan sedar dengan sikapnya itu? Saksikan kesudahan drama Nizam dalam telefilem Auta di TV9.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment