Drama Aku Hanim (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
0

AKU HANIM

AKU HANIM, drama Melayu bersiri terbaharu 16 episod ditayangkan mulai 6 September 2023 setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9:00 malam di saluran 104 Astro Ria dan Astro GO.

Drama Aku Hanim Astro Ria
Sumber gambar hak milik Astro Ria bertujuan untuk promosi

Drama Aku Hanim memaparkan kisah tentang seorang wanita yang cuba mengatasi PTSD yang dihadapinya dengn menggunakan seni mempertahankan diri. 

Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) atau gangguan stres pascatrauma
Sejenis gangguan mental setelah seseorang mengalami atau menyaksikan peristiwa yang bersifat traumatis atau tidak menyenangkan.

Idea asal drama ini daripada Puan Hjh. Sheila Rusly dengan nukilan skrip ditulis oleh Ayuni Zamani dibawah arahan Uzair Haqimy yang merupakan anak kepada Hjh. Sheila Rusly dan pengarah Azman Hj Yahya @Jinggo. Drama ini juga diterbitkan oleh syarikat produksi keluarga mereka sendiri iaitu JS Pictures Sdn. Bhd.

Turut menampilkan pelakon Elisya Sandha yang merupakan isteri kepada pengarah, Uzair Haqimy serta barisan para pelakon yang lain seperti Sofia Dendroff, Jaz Khan, Razzuan Rosli, Syaidatul Afifah dan ramai lagi. 

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS AKU HANIM

Sofia Dendroff sebagai Hanim
Elisya Sandha sebagai Cobra Natalia
Jaz Khan sebagai Syakir
Syaidatul Afifah sebagai Zara
Razzuan Rosli sebagai Nick The Bulldog
Zizi Zulkifli sebagai Laila
Haeriyanto Hassan sebagai Sabri
Norreen Iman sebagai Hazo
Andy Teh sebagai Budi

Aku Hanim mengisahkan tentang seorang gadis bernama Hanim yang cuba mengubah kisah hidupnya dengan melarikan diri dari rumahnya selepas didera secara seksual oleh bapanya. 

Dia kemudian menyertai perlawanan Tinju yang menunjukkan potensi dirinya yang sebenar, tetapi dia perlu berdepan dengan pelbagai halangan untuk mencapai impiannya menjadi seorang peninju yang hebat.

LAGU TEMA (OST) AKU HANIM

Tajuk lag : Aku Fighter
Penyanyi : Razzuan Rosli feat Siqma & DMent Si Lain

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)