Gadgets

Siaran Langsung Terengganu vs Selangor Live Streaming 29 September 2023 LS22

Sekali lagi pasukan Terengganu bertemu pasukan Selangor selepas saingan Piala Malaysia 2023 suku akhir kedua pada 24 September yang lalu. Kali ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam saingan Liga Malaysia 2023 minggu kedua puluh dua (LS22).

Terengganu vs Selangor

Aksi perlawanan pasukan Terengganu FC vs Selangor FC dijadualkan berlansung pada 29 September 2023, hari Jumaat jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pasukan Selangor FC pula akan bertandang di Kuala Terengganu bagi meneruskan kempen liga super yang masih berbaki 4 perlawanan.

Ini merupakan pertemuan keempat untuk kedua-dua pasukan. Dalam saingan liga, ini adalah pusingan kedua. Pada minggu kesembilan yang lalu, pasukan Selangor FC berjaya membenam Terengganu FC dengan keputusan 5 -1.

Pasukan Terengganu FC kemudian bangkit dalam perlawanan Piala Malaysia suku akhir pertama dengan menewaskan pasukan Selangor FC dengan 2 gol tanpa balasan dari Selangor FC.

Pada suku akhir kedua pula perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan agregat 1-3 melayakkan pasukan Terengganu FC ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 bertemu pasukan Kuala Lumpur City FC.

Walaupun pasukan Selangor FC tidak berjaya mara ke separuh akhir, dalam kempen saingan Liga Super 2023 pasukan Selangor masih berada di kedudukan kedua di belakang pendahulu liga, pasukan kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pada perlawanan ini dijangkan akan berlansung sengit kerana kedua-dua pasukan mampu untuk memberikan saingan berdasarkan perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Siaran Langsung Terengganu vs Selangor Live Streaming 29 September 2023 LS22

Siaran Langsung Live Streaming Terengganu FC vs Selangor FC Liga Super 29 September 2023 LS22

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Terengganu vs Selangor dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Jumaat, 29 September 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan Terengganu vs Selangor

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Terengganu vs Selangor pada 29 September 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin boleh didapati menerusi tickethotline.com.my 

Keputusan masa penuh perlawanan Terengganu vs Selangor Liga Super 2023 (LS22)

Keputusan perlawanan antara Terengganu vs Selangor dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-22 (LS22) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : TERENGGANU FC/ TER (0) - (4) SELANGOR FC/ SEL
 Orozco 25' 40'
Faisal Halim 51'
Aliff Izwan 80'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.