Gadgets

Koleksi Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 Terbaik

16 September merupakan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun selepas Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos. Sambutan Hari Malaysia 2023 ke-60 peringkat Kebangsaan 2023 akan disambut di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Sambutan Hari Malaysia ke-60 pada tahun ini membawa tema yang sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" dengan tambahan cogan kata "Segulai Sejalai" dalam Bahasa Iban yang membawa maksud "berjalan seringan".

Sempena Hari Malaysia 2023, rakyat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk mendedikasikan ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 di media sosial seperti facebook, Twitter, Instagram, Threads, TikTok dan WhatsApp dengan ucapan yang terbaik.

Koleksi Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 Terbaik

Tiada idea untuk ucapan Hari Malaysia, berikut dikongsikan koleksi ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 terbaik.

Koleksi Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 Terbaik

Hari Malaysia memberi makna yang besar kepada rakyat kerana ia adalah detik penting yang menyatukan rakyat Malaysia. Selamat Hari Malaysia 2023.
Hari Malaysia ialah hari untuk seluruh rakyat Malaysia, maka ia perlu diraikan bersama di seluruh pelosok negara. Sebagai Rakyat Malaysia kita harus sentiasa mengingati hari bersejarah ini. Selamat menyambut Hari Malaysia 2023 ke-60
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2023
Majulah Malaysia dengan cemerlang agar terus gemilang di persada dunia.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2023.
Marilah sama-sama kita bersatu hati ke arah Malaysia yang gemilang.
Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-60.
Semoga negara tercinta Malaysia ini terus maju dan menjadi contoh seantero dunia.
Semoga negara ini bersih dari rasuah, ketirisan dan salah tadbir. Maju terus Malaysia.
Selamat Hari Malaysia 2023
Mudah-mudahan kita akan hidup bekerjasama dan tolong menolong untuk memajukan negara yang kita cintai ini.
Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Malah akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab kita demi negara ini. Kita mampu melakukannya jika kita bersatu hati.
Selamat Hari Malaysia 2023!.
Selamat Hari Malaysia 2023
Semoga kita terus maju dan jaya. 
Bersamalah kita menjaga keamanan dan keharmonian kita semua.
Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara
Tunku Abdul Rahman
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2023
Ya Allah,
Gerakkanlah dan satukan hati-hati kami berganding bahu bersama-sama memupuk semangat perpaduan. Bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan.
Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi. Negara yang dihormati dan disegani.”Amin Ya Rabbal A’lamin...
Doaku buat Malaysia Tanah Air Tercinta
Ya Allah, kami bersyukur kepadamu di atas kehidupan yang aman, damai dan sejahtera ini.
Ya Allah, semaikanlah di jiwa sanubari kami semangat cinta dan sayangkan tanah air.
Bebaskan negaraku ini dari segala bentuk musibah, bencana alam, permusuhan dan perselisihan serta segala ancaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara.

sumber : theinspirasi

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.