Gadgets

Siaran Lansung Live Streaming Kelantan United vs Kuching City LS20

Pasukan Kelantan United selaku tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan pelawat, Kuching City dalam aksi saingan Liga Super Minggu kedua puluh (LS20). Berdasarkan jadual Liga Super 2023, sudah pun memasuki minggu kedua puluh satu (LS21).

Kelantan United vs Kuching City

Perlawanan antara pasukan Kelantan United vs Kuching City dalam saingan Liga Super 2023 merupakan perlawanan tertangguh minggu kedua puluh (LS20) yang dijadualkan berlansung pada 4 September 2023, Isnin jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan.

Mengikut jadual asalnya, perlawanan ini sepatutnya berlansung pada 12 Ogos yang lalu tapi disebabkan Pilihan Raya Negeri, perlawanan tersebut terpaksa ditunda dan tetap diteruskan biarpun sekarang masih dalam tempoh perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA.

Selepas perlawanan ini, Kuching city masih kurang satu perlawanan. Perlawanan match of the bottom league ini antara dua pasukan yang berada di kelompok terbawah dalam liga yang hanya beza 1 mata. Kelantan United berada di tangga ke-12 dengan 8 mata dan Kuching City di tempat ke-14 dengan 7 mata.

Perlawanan Kelantan United vs Kuching City merupakan pertembungan kali kedua. Pada pertemuan LS7 Kuching City vs Kelantan United, perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Kelantan United vs Kuching City (LS20)

Waktu siaran : Isnin, 4 September 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey, Sukan RTM, RTM Klik dan Sooka

Siaran Lansung Live Streaming Kelantan United vs Kuching City LS20

Info Tiket perlawanan Kelantan United vs Kuching City

Bagi perlawanan Liga Super 2023 LS20 Kelantan United vs Kuching City, tiket boleh didapati secara dalam talian di laman web rasmi www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Kelantan United vs Kuching Liga Super 4 September 2023 LS20

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023  Kelantan United vs Kuching City dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV secara percuma menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan KELANTAN UNITED FC vs KUCHING CITY FC Liga Super 2023 (LS20)

FT : KELANTAN UNITED FC/ KLU (2) - (1) KUCHING CITY FC/ KUC
Abu Kamara 42'
Ismaheel Akinade 48'
Jose Porteria 56'


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.